Connect with us

Berita Lain

“Hukuman bunuh? Saya setuju” – Ketua Pesuruhjaya SPRM

Datuk Seri Mohd Shukri Abdull


KUALA LUMPUR: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull bersetuju sekiranya hukuman
bunuh dijatuhkan kepada pelaku rasuah, memandangkan kesalahan tersebut adalah
ibu kepada segala jenayah.
Bagaimanapun, beliau berpendapat tahap itu masih belum dapat
dilakukan di Malaysia seperti yang dilaksanakan di China.
Beliau turut mencadangkan agar hukuman sebat diberikan
kepada individu yang didapati bersalah melakukan rasuah yang dirasakan dapat
memberi pengajaran kepada yang lain.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();


“Hukuman bunuh? Saya setuju, bunuh sahaja seperti yang
dilakukan di China. Ini kerana rasuah adalah ibu kepada segala jenayah, dengan
rasuah jenayah seperti judi haram, pelacuran, pendatang tanpa izin dan
penyeludupan senjata, dan banyak lagi boleh berlaku,


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
“Saya setuju apa yang dikatakan Perdana Menteri (Tun Dr
Mahathir Mohamad) tetapi ia (hukuman bunuh) tidak mungkin boleh dilaksanakan di
Malaysia. Kalau tak boleh cara itu, saya cadangkan sebat, kerana sebat ini
dapat menghalang pelaku rasuah,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas sesi temu bual di Radio
Bernama dan Majlis Deklarasi dan Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah Ketua-Ketua
Jabatan Bernama di sini, hari ini.
PM Dr Mahathir sebelum ini turut ditanya sama ada beliau
menyokong hukuman mati bagi pemimpin yang melakukan rasuah selepas beliau
menyampaikan syarahan bertajuk Cabaran Tadbir Urus Yang Baik Dalam Negara Islam
pada Isnin di Pusat Pengajian Islam Oxford di Universiti Oxford.
Jawab Dr Mahathir, individu yang didapati bersalah melakukan
rasuah oleh mahkamah di Malaysia akan dihukum penjara dan menambah bahawa di
sesetengah negara pesalah rasuah ditembak mati tetapi ia tidak akan
menyelesaikan masalah itu. – Astro Awani


Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel