Connect with us

Berita Lain

Isteri maut, suami tercampak keluar kereta



KUALA KANGSAR – Seorang wanita maut manakala suaminya patah tangan kiri selepas kenderaan dinaiki terbabas di Kilometer 232.3, Lebuh Raya Utara-Selatan arah Selatan, di sini, hari ini.


Kejadian yang berlaku kira-kira jam 9.40 pagi itu disaksikan Pegawai Bomba, Zainuddin Mat Daud yang  melihat kenderaan mangsa hilang kawalan sebelum merempuh pembahagi jalan dan terbalik beberapa kali.


Menurutnya, pertolongan kecemasan sempat diberikan kepada pemandu kenderaan terbabit sebelum menghubungi talian kecemasan 999.


“Saya dalam perjalanan pulang ke ibu pejabat dari Mahkamah Taiping sebelum  ternampak seorang lelaki tercampak keluar dari kenderaan dalam kemalangan itu.


“Saya berhenti dan terus beri bantuan kecemasan kepada mangsa dengan menghentikan pendarahan dan balut tangan kirinya yang terkulai selepas perkenalkan diri sebagai Bomba,” katanya.


Zainuddin yang bertugas di Cawangan Pendakwaan Kebombaan, Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri turut membantu mengawal trafik di lokasi kejadian.


“Keadaan ketika itu hujan lebat. Kami mengambil langkah keselamatan awal sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar dan polis tiba untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel