Connect with us

Berita Lain

Jemputlah orang asing kalau nak tinggal di rumah kayu, sindir Dr M


Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dengan nada menyindir berkata beliau bersetuju dengan Menteri Besar Johor, Osman Sapian untuk membenarkan warga asing membeli kediaman di Forest City, sekiranya mahu rakyat Malaysia tinggal di rumah kayu.
Mahathir berkata orang asing ini juga boleh membangun Johor menjadi sebuah bandar yang lebih moden daripada Singapura.
“Kalau nak supaya seluruh Malaysia diserah kepada orang lain, percayalah negara Malaysia ini akan bangun dengan pesat, dan akan jadi lebih daripada Singapura.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Kerana orang ini ada duit dan boleh melabur, pandai berniaga boleh buat bangunan yang cantik, tapi kita duduk dalam rumah bebek, rumah kayu bumbung tinggi.
“Kalau kita nak itu, it’s okeyI will support MB of Johor. Kalau nak masuk banyak orang-orang lagi dan mereka kaya. Mereka akan bayar cukai lebih banyak daripada kita. Okey, kita kayalah,” kata Mahathir kepada Malaysiakini dan Sinar Harian dalam satu wawancara bersama semalam.
Mahathir berkata demikian ketika ditanya mengenai kenyataan Osman bahawa beliau mungkin tidak memahami dasar hartanah negeri itu.
Bulan lalu, Mahathir berkata rumah yang dibina di Forest City tidak boleh dijual kepada orang asing dan kerajaan “tidak akan memberikan visa untuk mereka datang dan tinggal di sini”.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Osman mempertahankan projek yang dijalankan syarikat dari China itu dan akan bekerjasama dengan jawatankuasa khas diketuai Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin untuk mencapai kata sepakat seperti mengurangkan kuota pemilikan warga asing.
Bagaimanapun Mahathir tetap dengan pendiran untuk tidak tidak membenarkan warga asing menetap di negara ini.
“Saya tak nak orang ini datang sini dan duduk di sini. Kalau dia buat bandar yang begitu besar, tak akan nak duduk lima hari.
“Dia buat bangunan. Dia nak duduk di sini, itu sebab dia nak melabur. Kalau dia buka kedai, tentu ada kedai bukan?
“Takkan kedai buka tujuh hari sahaja lepas itu balik China atau negara dia. Dia nak duduk di sini, kalau dia nak duduk di sini jadi sebahagian daripada negara kita,” katanya.
– Malaysiakini

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel