Connect with us

Berita Lain

‘Jika liwat di balai polis, takkan nak tutup balai polis?’


Tindakan mahu menutup pusat tahfiz hanya disebabkan
kesalahan individu adalah tindakan zalim kerana hukuman sepatutnya dikenakan
kepada pesalah sahaja.
Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan
Pengajian Tinggi Terengganu, Satiful Bahri Mamat berkata tindakan menutup pusat
tahfiz disebabkan kesalahan pengetuanya juga boleh diumpamakan seperti
‘marahkan seekor nyamuk, habis kelambu dibakar’.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Kenapa sebab ada kes gangguan seksual di pusat tahfiz,
kerajaan nak arah pusat tahfiz ditutup? Kalau macam tu, jika berlaku kes liwat
di balai polis, takkan nak tutup balai polis?.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Ini contoh Islamphobia, baru-baru ni ramai yang mati
sebab minum arak, sepatutnya tutuplah kilang arak, tapi kenapa tak ada pula
yang berbunyi mengenai isu tersebut,” katanya kepada pemberita selepas
mesyuarat mingguan Exco di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof yang menegaskan
kerajaan tidak akan teragak-agak menutup pusat tahfiz yang pengetua atau
pemiliknya terbabit kes gangguan seksual.
Ia susulan kes seorang pemilik pusat tahfiz di Kepong, Kuala
Lumpur, yang ditahan polis selepas disyaki meliwat dan melakukan gangguan
seksual terhadap sembilan penuntut berusia belasan tahun sejak beberapa bulan
lalu.
Suspek berusia 30-an sudah sudah didakwa dengan 11
pertuduhan mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap
Kanak-Kanak 2017 di Mahkamah Sesyen, Putrajaya, pada Rabu minggu lalu.
Mengulas lanjut, Satiful Bahri berkata kerajaan Terengganu
akan terus memperkasakan institusi swasta seperti maahad tahfiz, pondok dan
madrasah bahkan berterima kasih kepada mereka yang telah banyak berkorban dalam
membangunkan institusi tersebut.
– Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel