Connect with us

Berita Lain

Jurufoto menangis gambar pengantin dalam but kereta dicuri


Pernahkah anda bayangkan segala detik-detik manis majlis
perkahwinan yang dirakam dalam bentuk foto dan video hilang tanpa jejak dan
mungkin tidak akan ditemui kembali sampai bila-bila?
Begitulah mimpi ngeri yang dihadapi seorang juruvideo
apabila dua komputer riba dan tiga pemacu keras (hard disk) yang mengandungi
rakaman majlis perkahwinan beberapa pelanggannya hilang pada Khamis petang.
Ia bukan sahaja memberi kegusaran terhadap dirinya malah
lebih teruk, dia juga harus memikirkan perasaan beberapa pasangan pengantin
yang berharap untuk menatap semula visual hari bersejarah mereka tempoh hari.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Bercerita kepada mStar Online, Ahmad Athoillah Abd Rahim,
26, mengakui terduduk dan mengalirkan air mata saat menyedari kehilangan
barangan tersebut.
“Masa tu sekitar 3 petang, saya tinggalkan barang
tersebut dalam but kereta untuk ke kedai. Dalam masa 15 minit macam tu je.
“Tapi saya sedar mengenai kehilangan barang itu sejurus
tiba di kediaman saya di Shah Alam sekitar 5 petang. Memang rasa down gila,
rasa macam jatuh teruk pada masa tu,” ujarnya pada Jumaat.

Menurut lapor mStar online lagi, dia yang mesra disapa dengan panggilan Atoi menganggarkan
item-item tersebut bernilai lebih kurang RM5,000.
Tambah Atoi, dia tidak kisah jika mereka yang mengambil
barangan tersebut tidak mahu memulangkannya kembali kerana apa yang penting
hanyalah rakaman majlis pelanggannya di dalam pemacu keras tersebut.
“Ia melibatkan beberapa pasangan pengantin. Saya sudah
hubungi dua orang, selebihnya saya akan hubungi selepas ini.
“Namun tidaklah 100 peratus rakaman itu hilang sebab
saya juga ada pembantu yang membuat rakaman menggunakan kamera mereka,”
katanya.


Menerusi tweet yang dimuat naik pada Khamis, Atoi merayu
kepada pengguna Twitter supaya menyebarkan maklumat mengenai kehilangan
tersebut.
Selain menyenaraikan beberapa item yang hilang, dia turut
memaparkan nombor telefon miliknya bagi memudahkan orang ramai menyalurkan
sebarang maklumat mengenai kehilangan tersebut.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Ia ternyata mengundang simpati netizen dan menerima lebih
4,000 ulang kicau (Retweet).
“Aku tak tahu nak cakap. Sebab aku pernah rasa benda
ni. Bukan wedding tapi fashion and product. Allah nak bagi rezeki lebih. Hope
everything gonna be ok,” tulis @adhamtroese.
“Oh gosh, hope you find back your stuffs (harap anda
temui semula barangan yang hilang itu),” tulis seorang lagi pengguna
Twitter.
Dalam pada itu, sebagai solusi jika tidak berjaya
mendapatkan semula rakaman tersebut, Atoi bersedia untuk membiayai rakaman
semula (post wedding) untuk pelangganya.
Jika mereka tidak bersetuju dengan tawaran tersebut, Atoi
bakal membayar semula wang yang telah dilunaskan oleh pasangan pengantin
terlibat sebelum ini.
Atoi turut membuat laporan polis sejurus menyedari
kehilangan itu dan berpesan agar juruvideo serta jurufoto di luar sana lebih
berhati-hati agar tidak mengalami nasib sepertinya.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel