Connect with us

Berita Lain

Kelantan akui beli kereta Mercedes Benz

Mohd Amar Nik Abdullah

KOTA BHARU: Kerajaan negeri mengakui membeli kereta Mercedes
Benz untuk pegawai tinggi kerajaan dengan alasan tahap keselamatan lebih
terjamin selain pembelian dilakukan mengikut keperluan.
Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah,
berkata setakat ini hanya sebuah kereta dibeli untuk kegunaan Setiausaha
Kerajaan Negeri, Datuk Nazran Muhammad.
Katanya, kerajaan negeri akan membeli beberapa lagi kereta
jenis Mercedes Benz untuk EXCO yang tidak mempunyai kereta selain kereta sedia
ada sudah digunakan lebih 10 tahun.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Kita akui dari segi kewangan Kelantan tidak kaya berbanding
negeri lain namun kita membeli kereta Mercedes Benz kerana ia satu keperluan
dan kebanyakan kereta sedia ada sudah melebihi tempoh.
“Ada kereta sudah digunakan selama 12 tahun dan selepas
Pilihan Raya Umum (PRU) lalu, berlaku pertukaran EXCO dan kebiasaannya setiap
kali EXCO berhenti mereka akan meminta untuk membeli kereta berkenaan
menyebabkan kita terpaksa membeli yang baharu.
“Dulu pun Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat sendiri pun
pakai Mercedes Benz. Kita utamakan keperluan,” katanya selepas mesyuarat EXCO
di sini, hari ini.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Mohd Amar berkata, jika dibandingkan kereta lain harga
mungkin lebih murah namun tahap keselamatan Mercedes Benz adalah lebih baik.
“EXCO banyak berjalan jauh dengan kenderaan dan jarang naik
pesawat. Maka perlu kenderaan yang lebih baik untuk keselesaan dan kita tidak
mahu sorok perkara ini kerana ia dilakukan mengikut peraturan,” katanya.
Semalam, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kelantan, Husam Musa
mendakwa kerajaan negeri membeli kereta Mercedes Benz untuk kegunaan pegawai
tingginya sedangkan negeri itu berdepan masalah kewangan.
Katanya, negara mengambil pendekatan berjimat namun Kelantan
membeli kereta Mercedes Benz sedangkan kereta rasmi pegawai kerajaan adalah
Proton Perdana. – Berita Harian

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel