Connect with us

Berita Lain

Khidmat Zakaria sebagai Pengarah FGV ditamatkan


KUALA LUMPUR – Khidmat Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif
(CEO) Kumpulan FGV Holdings Bhd., Datuk Zakaria Arshad, sebagai pengarah
syarikat itu ditamatkan berkuatkuasa hari ini.
Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia, syarikat perniagaan
pertanian itu berkata, tindakan tersebut berkuatkuasa selepas FGV menerima
surat daripada pemegang saham khas, Menteri Kewangan (Diperbadankan), hari ini
yang menarik balik pelantikan Zakaria sebagai pengarah lantikan kerajaan dalam
pelaksanaan perlembagaan baharu FGV yang telah diluluskan oleh pemegang saham
FGV pada 28 Jun lepas.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Tindakan itu mengikut Klausa 89(3) perlembagaan tersebut,
yang menyatakan khidmat pengarah lantikan kerajaan akan ditamatkan apabila
pelantikan beliau ditarik balik.
Antara jawatan yang kini dipegang Zakaria dalam organisasi
lain ialah Naib Pengerusi Persatuan Penapis-penapis Minyak Sawit Malaysia;
Anggota Silih Ganti Lembaga Minyak Sawit Malaysia; Anggota Majlis Kumpulan
Tindakan Keusahawanan (AGE) Universiti Malaysia Kelantan dan penasihat
Persatuan Trak Makanan Bergerak dan Makanan Jalanan Malaysia.
Perubahan itu menyusuli pelantikan dua pengarah bebas baharu
FGV – bekas CEO Bursa Malaysia, Datuk Yusli Mohamed Yusoff dan ahli lembaga
pengarah Zurich Life Insurance Malaysia Bhd., Datin Hoi Lai Ping. – Bernama


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel