Connect with us

Berita Lain

KSN nafi lantikan baru kerajaan disabotaj


Ketua Setiausaha Negara (KSN), Datuk Seri Ismail Bakar
menafikan ada sabotaj dalam lantikan politik yang dibuat kerajaan baru dengan
memberikan gred dan gaji yang lebih rendah.
Beliau berkata pihaknya sebaliknya sedang memperbetulkan
amalan kerajaan lalu yang memberikan gred lebih tinggi kepada lantikan politik.
“Pelantikan pegawai politik dahulu disalah guna.
Menteri beri gred dan pegawai SPA (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam) tak berani
kata tidak.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Sekarang, dengan kerajaan baru semuanya ikut peraturan. Pelantikan
dibuat mengikut gred lantikan dibawah SPA,” katanya seperti dipetik laman
The Malaysian Insight.
Beliau mengulas laporan portal itu yang memetik beberapa
sumber yang mendakwa pegawai SPA menggunakan budi bicara sendiri untuk menilai
semula pangkat pegawai yang dilantik kabinet Perdana Menteri Tun Dr Mahathir
Mohamad.
Sumber itu juga dilaporkan berkata JPA tidak mengendahkan
kelulusan yang dibuat perdana menteri dan menteri berkenaan pelantikan dan gaji
beberapa pegawai khas baru, setiausaha politik dan pegawai media.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Ismail berkata pegawai yang tidak berpuas hati dengan
perkara itu boleh membuat rayuan dan SPA akan membuat semakan semula.
Beliau juga berkata pekeliling Jabatan Perkhidmatan Awam
2012 mungkin disemak atau ditukar sepenuhnya.
Menurut pekeliling itu, pelantikan pegawai memerlukan surat
persetujuan daripada menteri atau timbalan menteri – selain perdana menteri
sendiri – dan tidak menyatakan SPA atau Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berhak
untuk menetapkan gred mereka. – Malaysiakini

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel