Connect with us

Berita Lain

Lelaki dihukum gantung sampai mati bunuh isteri polis


Seorang lelaki dijatuhi hukuman gantung sampai mati manakala
rakannya dihukum penjara oleh Mahkamah Tinggi di Taiping hari ini setelah
didapati bersalah membunuh isteri anggota polis tiga tahun lalu.
Pesuruhjaya Kehakiman Asmadi Hussin menjatuhi hukuman itu ke
atas A Nagarujun, 22, dan rakannya yang berusia 20 tahun, selepas mendapati
pihak pembelaan kedua-dua tertuduh gagal menimbulkan keraguan munasabah
terhadap kes pendakwaan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Katanya, lelaki berumur 20 tahun itu dijatuhi hukuman
penjara pada satu tempoh sehingga mendapat pengampunan pemerintah negeri iaitu
sultan kerana tertuduh melakukan kesalahan itu semasa berumur 17 tahun.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Mengikut pertuduhan, Nagarujun dan rakannya didakwa membunuh
Izaah Abdullah, 52, antara pukul 12.30 tengah malam hingga 2 pagi di sebuah
rumah di Laluan Tanjung 4, Taman Tanjung Emas, Ulu Kinta di Ipoh pada 11 Feb
2015.
Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan
yang membawa hukuman gantung sampai mati.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohd
Azrul Faidz manakala Nagarujun diwakili peguam Datuk Naran Singh manakala
rakannya diwakili Ranjit Singh.
Sementara itu, anak mangsa Zulfadhli Sallehuddin, 30, ketika
ditemui pemberita di luar mahkamah berkata beliau berasa lega dan bersyukur
dengan keputusan mahkamah hari ini.
“Saya dan bapa telah berpindah ke rumah lain kerana masih
terbayang-bayang kenangan bersama arwah ketika di rumah dahulu,” kata anak
tunggal itu yang bekerja sebagai pembantu tadbir di Jabatan Kesihatan Perak.
– Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel