Connect with us

Berita Lain

Lelaki OKU cedera parah ditetak sekumpulan empat lelaki bersenjata parang


KUALA SELANGOR – Seorang lelaki orang kelainan upaya (OKU)
cedera parah ditetak sekumpulan empat lelaki bersenjata parang dalam kejadian
di sebuah kedai makan di Taman Permai Permai, Jeram, di sini pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 5 pagi itu, mangsa yang
berumur 35 tahun cedera parah putus urat tangan kiri selepas ditetak dengan
parang.
Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintenden Md. Asri A.
Wahab berkata, siasatan awal pihaknya mendapati, kira-kira pukul 2 pagi, mangsa
bersama lima rakan berada di sebuah kedai makan di Taman Permai, lapor Kosmo!.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Katanya, seorang rakan mangsa telah menegur sekumpulan
lelaki yang berlumba motosikal di hadapan warung tersebut sebelum kumpulan
lelaki terbabit bersurai.
“Bagaimanapun, sekitar pukul 5 pagi, datang dua buah
motosikal jenis Yamaha 135 LC dan Yamaha Lagenda dinaiki empat lelaki.
“Kedua-dua pembonceng motosikal berkenaan yang
masing-masing bersenjatakan sebilah parang dan menutup muka dengan baju telah
turun lalu menyerang mangsa dan rakan-rakannya,” katanya dalam satu
kenyataan di sini hari ini.
Md. Asri berkata mangsa, seorang OKU yang keseluruhan
sebelah kanan anggota badan tidak berfungsi akibat kemalangan jalan raya, tidak
sempat lari untuk menyelamatkan diri.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Akibatnya, mangsa telah ditetak di bahagian tangan
kiri mangsa menyebabkan urat tangan kirinya putus. Mangsa kemudiannya telah
dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan,” katanya.
Menurut Md. Asri, kes itu diklasifikasikan di bawah Seksyen
326 Kanun Keseksaan.
“Beberapa orang saspek sudah dikenal pasti dan usaha
mengesan dan menangkap suspek sedang giat dijalankan,”ujarnya.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel