Connect with us

Berita Lain

Lelaki rakam bawah skirt wanita ditahan polis


Bekas pegawai Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Azis Jaman
yang didakwa merakam bawah skirt seorang wanita menggunakan telefon bimbit di
sebuah kedai cermin mata ditahan di Solaris Dutamas, Sri Hartamas, di Kuala
Lumpur hari ini.
Ketua Polis Daerah Sentul ACP R Munusamy berkata lelaki
berusia 47 tahun itu ditahan 1 tengah hari tadi bagi membantu siasatan mengikut
Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Suspek ditahan untuk siasatan terlebih dahulu,”
katanya ketika dihubungi hari ini.
Semalam, dilaporkan Azis memecat seorang pegawainya susulan
perilaku keji individu berkenaan di sebuah kedai cermin mata.
Azis dilaporkan berkata beliau memecat pegawai tersebut
serta-merta selepas mengambil maklum akan laporan polis serta rakaman kamera
litar tertutup berhubung perilaku individu berkenaan yang ditularkan oleh
netizen.
Katanya perbuatan individu tersebut menjejaskan imej dan
kredibiliti beliau selaku Timbalan Menteri Dalam Negeri serta Pejabat Timbalan
Menteri.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Klip video berdurasi lebih satu minit yang memaparkan
perilaku pegawai berkenaan merakam video di bawah skirt petugas wanita di
sebuah kedai cermin mata ​​​​​​tular menerusi media sosial.
– Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel