Connect with us

Berita Lain

Majikan diingat patuhi cuti umum bergaji Isnin ini

Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong, Sultan
Muhammad V pada Ahad ini diisytiharkan hari kelepasan am. — Foto Bernama

PUTRAJAYA, 6 Sept — Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang
di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V pada Ahad ini telah diisytiharkan sebagai
hari kelepasan am di bawah Seksyen 3 Akta Hari Kelepasan Am 1951.
Dalam kenyataan hari ini, Kementerian Sumber Manusia berkata
hari kelepasan am itu adalah termaktub sebagai hari cuti umum yang wajib diberi
kepada pekerja menurut Seksyen 60D(1)(a)(ii) Akta Kerja 1955.
“Memandangkan hari kelepasan am tersebut jatuh pada hari
Ahad, Seksyen 60D(b)(i) Akta Kerja 1955 memperuntukkan hari bekerja berikut
selepas sahaja hari rehat tersebut hendaklah menjadi hari kelepasan berbayar
sebagai ganti bagi hari kelepasan am.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Dengan itu, 10 September (Isnin) adalah cuti umum bagi
negeri-negeri selain daripada negeri-negeri Kedah, Johor, Kelantan dan
Terengganu,”katanya.
Manakala bagi negeri-negeri Kedah, Johor, Kelantan dan
Terengganu di mana hari Ahad merupakan hari bekerja, maka cuti umum yang jatuh
pada 9 September 2018 (Ahad) tidak perlu diganti, menurut kenyataan itu.
Menurut kementerian untuk Sabah dan Sarawak Hari Keputeraan
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, kedua-dua kerajaan negeri juga telah
mengisytihar hari itu sebagai suatu hari kelepasan am masing-masing.
Untuk Sabah dan Sarawak katanya sebagaimana diperuntukkan
masing-masing di bawah Seksyen 3(3) Ordinan Hari Kelepasan (Sabah Bab 56) dan
Seksyen 3 yang dibaca bersama Jadual Pertama 
Ordinan Hari Kelepasan Am (Sarawak Bab 8), memandangkan hari kelepasan
am tersebut jatuh pada hari Ahad maka ia hendaklah digantikan dengan hari yang
berikutnya iaitu pada 10 September (Isnin).


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Memandangkan cuti ini jatuh pada hari Ahad, maka pekerja
layak untuk menikmati hari kelepasan am berbayar pada hari yang berikutnya
iaitu 10 September (Isnin) sebagai ganti.
Sekiranya pekerja dikehendaki untuk bekerja pada 10
September 2018, pekerja hendaklah dibayar mengikut kadar gaji bekerja pada hari
kelepasan am sebagaimana diperuntukkan di bawah Ordinan Buruh (Sabah Bab 67)
dan di bawah Ordinan Buruh (Sarawak Bab 67),”katanya.
Justeru, kementerian menyeru para majikan sektor swasta
supaya mematuhi peruntukan Akta Kerja 1955, Ordinan Buruh (Sabah Bab 67) dan
Ordinan Buruh (Sarawak Bab 76) berkenaan dengan hari kelepasan am berbayar itu
kepada pekerja serta pembayaran gaji kepada pekerja yang dikehendaki untuk
bekerja pada hari berkenaan. — Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel