Connect with us

Berita Lain

Masukkan jari dalam kemaluan bayi, warga emas dipenjara 12 tahun

Seorang warga emas dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan
diperintahkan supaya disebat dua kali oleh Mahkamah Jenayah Seksual terhadap
Kanak-kanak kerana melakukan hubungan seksual dengan memasukkan jarinya ke
dalam kemaluan seorang bayi perempuan berumur 11 bulan.
Hakim Mohamad Kamil Nizam memerintahkan Hashim Karim supaya
menjalani hukuman penjara sejak tarikh dia ditahan pada 22 Ogos tahun ini
selepas bekas pemandu lori berusia 68 tahun itu mengaku bersalah melakukan
kesalahan itu di sebuah rumah di Shah Alam pada 4 petang, 20 Ogos tahun ini.
Dalam rayuannya, Hashim memohon supaya hukuman diringankan
atas alasan dia perlu menjaga anak yang masih bersekolah.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Timbalan Pendakwa Raya Aimi Syazwani Sarmin meminta mahkamah
menjatuhi hukuman berat sebagai pengajaran kepada tertuduh kerana kesalahan
yang dilakukannya itu melibatkan seorang bayi.
Beliau berkata mangsa bagaikan seorang cucu kepada tertuduh
dan dia seharusnya menjaga bayi itu dengan baik, bukannya mendatangkan
kecederaan kepadanya.
Aimi Syazwani berkata sungguhpun Hashim berumur 68 tahun,
beliau memohon mahkamah supaya menjatuhi hukuman sebat terhadapnya kerana
hukuman itu dibenarkan di bawah undang-undang bagi pesalah seksual.
Beliau turut memohon mahkamah supaya menghalang media
daripada menyiarkan identiti serta maklumat berkaitan mangsa mengikut Seksyen
14 Akta Keterangan Saksi Kanak-kanak 2007 dan Hakim Mohamad Kamil membenarkan
permohonan itu.
Menurut fakta kes yang dibacakan kepada Hashim di mahkamah,
ibu bapa bayi itu menghantar anak mereka kepada pengasuh pada hari berkenaan.
Pada kira-kira 4 petang, pengasuh itu meminta Hashim, yang juga bapa mentuanya,
supaya menjaga bayi itu sebab dia mahu menyelesaikan urusan insurans dan cukai
jalan keretanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Sekembalinya pengasuh itu ke rumah, dia mendapati bayi itu
sedang menangis di dalam buaian dan ternampak darah pada seluar bayi itu. Dia
kemudian memandikan bayi itu dan mendapati ada kesan darah.

Ibu bapa bayi berkenaan kemudiannya membawa anak mereka ke
hospital selepas mendapati darah pada lampin bayi selain darah yang keluar dari
kemaluannya.
Seorang pakar perbidanan dan sakit puan yang memeriksa bayi
itu berkata kecederaan yang dialami bayi berkenaan mungkin disebabkan objek
tumpul besar yang dimasukkan secara paksa ke dalam kemaluannya.
Siasatan polis mendapati tertuduh memberitahu anak lelakinya
bahawa dia memasukkan jarinya ke dalam kemaluan bayi berkenaan dan perbualan
itu didengari oleh orang ketiga. 
– Bernama

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel