Connect with us

Berita Lain

Menteri Pertahanan di Amerika Syarikat untuk lawatan kerja


Menteri Pertahanan Mohamad Sabu kini berada di Amerika
Syarikat untuk lawatan kerja dan mengiringi Perdana Menteri Tun Dr Mahathir
Mohamad ke Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNGA) pada 25
hingga 29 September ini.
Kementerian Pertahanan dalam kenyataan berkata Mohamad dan
isteri Normah Alwi, yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Washington Dulles
pada Ahad, dijadual bertemu dengan rakan sejawatannya Setiausaha Pertahanan
Amerika Syarikat, James Norman Mattis.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Lawatan kerja Mohamad ke Washington DC adalah merupakan
susulan kepada pertemuan beliau dengan Mattis di Singapura pada Jun lepas.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Tujuan lawatan kerja ini ialah untuk menyambung
perbincangan berkaitan dengan kerjasama pertahanan antara kedua-dua negara di
samping mengekalkan hubungan dua hala Malaysia dan Amerika Syarikat,” menurut
kenyataan itu.
Semasa di New York pula, Mohamad dijadual menghadiri
mesyuarat peringkat tertinggi berhubung ‘Action For Peacekeeping’.
Turut mengikuti lawatan kerja itu ialah Panglima Angkatan
Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin dan pegawai-pegawai kementerian
berkenaan.
– Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel