Connect with us

Berita Lain

‘MP Umno tandatangan SD beri Zahid kuasa lamar HARAPAN’

Nazri Aziz – Foto New Straits Times


Datuk Seri Nazri Aziz mendakwa bahawa “majoriti Ahli
Parlimen Umno” menandatangani akuan bersumpah (SD) yang memberi kuasa
kepada presiden parti itu untuk berunding dengan parti-parti Pakatan Harapan
atau PAS, dalam usaha untuk kembali menjadi kerajaan persekutuan.
Dalam laporan oleh Malay Mail semalam, Ahli Parlimen Padang
Rengas itu dipetik sebagai berkata bahawa SD berkenaan akan membolehkan
presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bercakap dengan parti komponen
bukan BN.
Mengenai langkah ‘Port Dickson’ untuk membolehkan penampilan
semula Datuk Seri Anwar Ibrahim, Nazri dilaporkan sebagai berkata tidak wajar
bagi Umno mengeruhkan lagi hubungan dengan ketua umum PKR itu yang bakal
bertanding di kerusi berkenaan kerana yang PKR mewakili parti terbesar dalam
Pakatan Harapan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Walau bagaimanapun, ahli parlimen Umno lain tidak mahu
mengulas lanjut tentang dakwaan wujudnya SD berkenaan oleh Nazri apabila
dihubungi portal itu.
“Saya tidak boleh mengulas. Perkara ini bukan untuk
dikongsi bersama orang ramai. Terpulang kepada kepimpinan untuk menentukan apa
yang terbaik untuk parti,” kata Setiausaha Agung Umno, Tan Sri Annuar
Musa.
Sentimen sama dikongsi oleh Ahli Parlimen Pontian, Datuk
Seri Ahmad Maslan, yang menambah: “Tetapi saya rasa Umno harus adakan mesyuarat
kepimpinan secepat mungkin dan memutuskan sama ada mahu bertanding di kerusi
Port Dickson, seperti PAS… mereka buat keputusan dan dengan itu, perbahasan
berakhir.”
Nazri semalam memberitahu Malaysiakini bahawa beliau akan
berkempen untuk Anwar dalam pilihan raya kecil Port Dickson, selepas penyandang
kerusi itu, Datuk Danyal Balagopal Abdullah mengosongkan kerusi itu untuk
Anwar, yang juga presiden PKR.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Saya tidak jangka Umno akan jadi kerajaan dalam masa
terdekat, tapi terdapat pendapat di kalangan anggota parlimen Umno bahawa kita
perlu kembali menjadi kerajaan secepat mungkin.
“Satu-satunya cara untuk melakukan perkara itu adalah
dengan bekerjasama dengan PKR… Jadi kita perlu tunjuk niat baik jika kita,
jika kita ingin jadi kerajaan, biarkan Anwar menang,” kata Nazri. – Malaysiakini

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel