Connect with us

Berita Lain

Najib dedah dokumen duit dalam akaunnya dari ‘putera Saudi’

Foto Malay Mail

PETALING JAYA: Datuk Seri Najib Razak mendedahkan butiran
bagaimana beliau menerima AS$100 juta yang disumbangkan Raja Abdullah Abdulaziz
Al-Saud dari Arab Saudi, 7 tahun lalu.
Bekas perdana menteri itu berkata, pendedahan itu bagi
membersihkan namanya daripada pelbagai tuduhan dan fitnah mendakwanya mengubah
wang haram.
Beliau berkata, Raja Abdullah bersetuju menyokong Barisan
Nasional pimpinannya sejurus selepas Kebangkitan Arab atau “Arab Spring” pada
lewat 2010, tetapi beliau tidak mahu sumbangan itu didedahkan.
“Lantaran kebimbangan dan hubungan akrab kami, pada awal
2011, baginda berjanji untuk turut menyediakan dana kepada saya dan parti bagi
kegunaan di Malaysia.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Seperti kain kiswah dan kuota haji tambahan, sumbangan ini
juga tidak mahu dihebahkan. Terdapat beberapa orang saksi pada masa itu ketika
janji ini disampaikan,” tulisnya di Facebooknya malam ini.
Beliau turut memuat naik beberapa gambar mengenai dokumen
bank berhubung sumbangan itu.
Satu daripada dokumen itu ialah surat dari pejabat peribadi
Saud Abdulaziz Majid al-Saud meluluskan AS$100 juta kepada Najib yang mempunyai
“budi bicara penuh untuk menentukan cara hadiah itu digunakan” bagi
“mempromosikan Islam untuk terus berkembang”.
Najib berkata, ini ialah surat pertama daripada beberapa
surat mengesahkan sumbangan sedemikian daripada Saudi untuk beberapa tahun
berikutnya.
“Pada 1 Februari 2011, Putera Abdulaziz Al-Saud menulis
kepada saya memberitahu bahawa Arab Saudi akan menyediakan AS$100 juta (RM415
juta) kepada saya bagi 2011.
“Dokumen pemindahan wang SWIFT bagi 2011 menunjukkan AS$20
juta dipindahkan daripada akaun Putera Faisal bin Turkey bin Al Saud dan AS$80
juta dipindahkan daripada akaun Kementerian Kewangan Arab Saudi kepada saya.
“Sebab itu, Kementerian Luar Arab Saudi sudah 2 kali
mengesahkan secara terbuka bahawa kerajaan mereka memberi sumbangan kepada saya
tanpa sebarang syarat terhadapnya.”
Ahli Parlimen Pekan itu berkata, beliau dan peguamnya
mengambil masa agak lama untuk memperolehi sebahagian besar dokumen itu
daripada bank dan pihak berkuasa turut mempunyai dokumen sama.
Katanya, sebahagian besar dana yang diterimanya digunakan
untuk tujuan politik BN.
“Sebagai contoh, saya telah berikan dana ini kepada Umno
Johor bagi membeli beberapa van. Malangnya, kerajaan PH baru-baru ini telah
menyita van-van ini.”
Beliau turut menyentuh keputusan kerajaan Pakatan Harapan
(PH) menutup Pusat Keamanan Antarabangsa Raja Salman (KSCIP) disokong Saudi.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Beliau berkata, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad
kecewa apabila Saudi enggan mengulas sama ada RM2.6 bilion yang dimasukkan ke
akaun peribadinya adalah sumbangan mereka.
“Sebulan kemudian, kerajaan PH menutup Pusat Keamanan Raja
Salman di Kuala Lumpur.”
Bekas menteri pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein
mempertahankan penubuhan KSCIP dengan berkata, ia penting untuk mengekang
penyebaran ideologi ekstremisme dan militan, termasuk IS.
Pengkritik bagaimanapun mempersoalkan kerjasama Malaysia
dengan Riyadh untuk memerangi keganasan, menonjolkan peranan ketenteraan dan
ideologi Saudi di seluruh dunia, walaupun doktrin rasmi Wahhabisme yang
dikatakan menjadi ilham ideologi IS.
Najib berkata, beliau akan bercakap mengenai RM2.6 bilion
dan puncanya tidak lama lagi.
“Pada status FB akan datang atau melalui temuramah dengan
media di mana saya dapat menjelaskan dengan lebih terperinci sambil menunjukkan
bukti, saya juga akan menjelaskan mengenai sumbangan yang saya terima bagi
tahun-tahun selepas 2011 – termasuk isu RM2.6 bilion.”
Dr Mahathir sebelum ini dilaporkan berkata, tiada bukti
untuk tidak mengesahkan atau menafikan RM2.6 bilion itu berasal dari Arab
Saudi.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Sumbangan itu yang pertama kali dilaporkan The Wall Street
Journal kira-kira 3 tahun lalu, menimbulkan tanda tanya berhubung peranan Najib
dalam penyelewengan dana 1MDB. – Free Malaysia Today


Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel