Najib mungkin bermalam di Sungai Buloh?

0
46

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun
Razak mungkin akan ditahan di penjara Sungai Buloh sekiranya proses ikat jamin
atas beberapa pertuduhan yang akan dikemukakan esok tidak sempat diselesaikan.
Peguam Adzly Abdul Manas berkata kemungkinan itu boleh
berlaku kerana Pejabat Pendakwa Raya 
memutuskan untuk memulakan pendakwaan pada jam 3.00 petang.
Menurut Adzly kaunter ikat jamin biasanya akan ditutup pada
jam 4.30 petang sedangkan penjamin beliau memerlukan masa untuk berurusan
dengan bank bagi tujuan membuka akaun dan mengira wang tunai lebih-lebih lagi
membabitkan jumlah yang besar.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Pada kebiasaannya, semua kes pendakwaan berkaitan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dibuat pada sebelah pagi
sebaliknya SPRM melalui kenyataan rasminya menyatakan dakwaan pada sebelah
petang.
Sekiranya Najib gagal menyediakan wang jaminan disebabkan
kesuntukan masa besar kemungkinan beliau akan ditahan di penjara Sungai Buluh,
sementara proses ikat jamin  selesai,”
katanya.
Pada masa yang sama beliau turut mempertikai penahanan Najib
pada sebelah petang hari ini hanya untuk mengambil keterangan dan
menyifatkannya sebagai sangat tidak wajar.
“Najib telah memberikan kerjasama penuh dalam kes sebelum
ini, jadi pada saya sangat tidak wajar beliau ditahan satu hari atas alasan
untuk merakam percakapan.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Mungkin ini adalah prosedur baharu yang diperkenalkan oleh
pihak SPRM,” katanya lagi.
Sementara itu SPRM melalui satu kenyataan  bekas pemimpin itu akan didakwa atas beberapa
pertuduhan esok namun sebelum itu akan di bawa ke Bukit Aman untuk dirakam
percakapan. – Sinar Harian

PERINGATAN: Malaysian Update tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here