Connect with us

Berita Lain

Najib Razak dibebaskan dengan ikat jamin RM3.5 juta


KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun
Razak dibenarkan ikat jamin RM3.5 juta oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini
atas 25 pertuduhan melibatkan penerimaan, penggunaan dan pemindahan wang haram
ke entiti lain.
Mahkamah membenarkan Najib membayar ikat jamin itu secara
ansuran selewat-lewatnya 28 September ini dengan dua penjamin.
Mohamed Nizar Mohd. Najib merupakan anak bekas Perdana
Menteri itu dan Mohd. Shahrir Arifin akan membayar jaminan tersebut, lapor Kosmo!.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Bayaran ikat jamin itu akan dibuat esok sebanyak RM1 juta
manakala selebihnya diselesaikan sebelum tarikh ditetapkan.
Najib, 65, berhadapan empat pertuduhan mengikut Seksyen
23(1) dan 24(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.
Selain itu, 21 pertuduhan mengikut Seksyen 4 (1)(a) Akta
Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001
(AMLA).


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Bagaimanapun, Najib mengaku tidak bersalah dan mohon
dibicarakan selepas kesemua pertuduhan terhadapanya dibacakan secara berasingan
di hadapan Hakim Azura Alwi.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Akram Gharib tidak
mencadangkan sebarang ikat jamin namun atas budi bicara mahkamah pihaknya
mencadangkan jaminan sejumlah RM5 juta dengan syarat tambahan.
Najib diwakili peguam bela Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah,
Harvinderjit Singh, Muhammad Farhan Muhammad Shafee, Farhan Read, Rahmat
Hazlan, Hamidi Mohd Noh, Sarah Abishegam dan Wan Aizuddin.
Pihak pendakwaan pula diwakili oleh Datuk Seri Gopal Sri
Ram, Ahmad Akram, Mohamad Mustafa P. Kunyalam, Nadia Mohd. Izhar dan Aaron
Abhilash Paul Chelliah.
Mahkamah menetapkan 16 November depan untuk sebutan semula
kes.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel