Connect with us

Berita Lain

PAU kali ini seperti mesyuarat biasa


SHAH ALAM – Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2018 dilihat
seperti mesyuarat biasa dan dibuat semata-mata demi memenuhi tuntutan Pejabat
Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS).
Penganalisis politik, Md Shukri Shuib berkata, perhimpunan
kali ini juga dilihat tidak akan mengubah seni Umno sehinggalah pelan induk
baharu dikeluarkan parti.
Buat masa ini, katanya, beliau tidak nampak kepimpinan Umno
serius untuk menambat hati rakyat dan pemimpin di peringkat akar umbi.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Buat masa sekarang, saya tidak melihat PAU kali ini
boleh ubah apa-apa kerana baru empat bulan selepas Umno kalah dan tidak akan
satu perkara serius yang akan dibuat kepimpinan Umno itu sendiri,” katanya
kepada Sinar Harian.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Disebabkan itu, Md Shukri berpendapat, Presiden Umno, Datuk
Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi perlu mengemukakan pelan induk khusus untuk
menggerakkan semula parti, selain menyatakan hala tuju Umno lebih jelas dan
konsisten.
“Beliau juga perlu memahamkan ahli dengan situasi
semasa di mana Umno sudah tiada kuasa dan mereka harus bergerak sendiri. Tiada
lagi tangan-tangan ghaib yang boleh membantu contohnya dari segi pentadbir awam
dan gerak kerja kerajaan.
“Datuk Seri Ahmad Zahid juga perlu kembalikan semula
hati rakyat dan ahli yang sebelum ini meluat kepada parti itu untuk kembali
bersama-sama dalam saf sebagai pembangkang yang lebih proaktif,” katanya. – Sinar Harian

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel