Connect with us

Berita Lain

Peguam dakwa Hishammuddin akan dipanggil SPRM


PUTRAJAYA – Peguam kepada bekas Ketua Pengarah Organisasi
Perisikan Luar Malaysia (MEIO), Datuk Hasanah Abdul Hamid mendakwa bekas
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein akan dipanggil
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung
kes sama melibatkan anak guamnya iaitu menyalahguna peruntukan kerajaan.
Menurut Datuk Sharudin Ali, perkara itu dimaklumkan oleh
SPRM dalam hujahnya ketika meminta sambungan reman ke atas Hasanah yang ditahan
berhubung kes salah guna dan penyelewengan dana milik kerajaan bagi peruntukan
Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“SPRM membuat permohonan untuk menyambung tempoh reman
Hasanah selama tujuh hari atas alasan lain iaitu mengesan dua putera Arab Saudi
yang dipercayai terlibat dalam kes ini dan mahu menggeledah rumah Hasanah bagi
mengesan beberapa jam tangan mewah dan baki jumlah wang berkaitan kes yang
masih belum ditemui.
“Bagaimanapun, mahkamah membenarkan Hasanah disambung
reman selama satu hari sahaja sehingga 5 petang,” katanya ketika ditemui
di mahkamah di sini hari ini.
Jelas Shaharuddin, selain itu dalam prosiding reman tersebut
SPRM turut mendakwa mahu mmebawa pulang tiga individu dari Abu Dhabi yang
terlibat dalam kes sama.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Hasanah dalam keterangannya di mahkamah memberitahu
beliau hanya menjalankan tugas di bawah perintah kerajaan Malaysia selain turut
menafikan pembabitan Hishammuddin dan dua putera Arab Saudi dalam kes
ini,” katanya. – Kosmo!


Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel