Connect with us

Berita Lain

Pelantikan Petron tanpa campur Tun M, Guan Eng


PUTRAJAYA – Pelantikan Petron Fuel International Sdn Bhd
(Petron) ke dalam panel pembekal bahan api kepada kenderaan kerajaan melalui
kad inden dilakukan tanpa campur tangan politik.
Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan menegaskan
keputusan tersebut dibuat secara pentadbiran untuk perjalanan urusan operasi.
“Perkara ini tidak dirujuk sama sekali kepada Perdana
Menteri atau Menteri Kewangan malah ia dijalankan tanpa campur tangan politik.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Pelantikan ke dalam panel ini adalah telus dan tidak
berkaitan dengan mana-mana individu yang terlibat dalam politik,” katanya dalam
satu kenyataan, hari ini.
Menurutnya, Kementerian Kewangan akan memproses sebarang
permintaan berdasarkan garis panduan yang terpakai ke atas Petronas, Shell dan
Petron.
“Dengan lantikan ini, panel kad inden tersebut sekarang
dianggotai oleh Petronas, Shell dan Petron di mana ketiga-tiga syarikat ini
mempunyai rangkaian stesen minyak terbesar di Malaysia.
“Sebagai bekas Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib sepatutnya
tahu bahawa BHP dan Caltex boleh memohon untuk menjadi ahli panel sekiranya
mereka berminat,” katanya.
Mengulas lanjut, Kementerian Kewangan berkata, syarikat
Petron hanya dilantik ke dalam panel tersebut pada tahun ini selepas rundingan
dua tahun dijalankan.
“Petron telah membuat permohonannya pada 2016 dan pada
Disember 2017, syarikat tersebut telah bersetuju memberikan kerajaan penjimatan
kecil melalui program kad indennya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Rundingan yang bermula di bawah pimpinan Datuk Seri Najib
menunjukkan bahawa kerajaan terdahulu tiada halangan menimbang permohonan
Petron dan kerajaan terbaharu hanyalah meneruskan proses dalaman mengikut
panduan jelas yang sedia ada,” katanya.
Malah katanya, kebenaran ke atas permohonan Petron juga
tidak memakan apa-apa kos kepada kerajaan dan proses dalaman ini tidak
memerlukan kebenaran Menteri Kewangan.
Sementara itu, Kementerian Kewangan turut mengalu-alukan
permohonan daripada pembekal lain bagi menambahkan pilihan dan penjimatan untuk
kerajaan serta meningkatkan persaingan di pasaran.
”Jumlah anggota tidak dihadkan oleh Kementerian Kewangan dan
ia boleh diluaskan lagi jika pembekal lain membuat permohonan rasmi dengan
memberikan kerajaan penjimatan munasabah melalui kad inden.
“Buat masa ini, tiada permohonan telah diterima oleh
Kementerian Kewangan daripada mana-mana syarikat pembekal bahan api yang lain,”
katanya. – Sinar Harian

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel