Connect with us

Berita Lain

Pemimpin keluar Umno, helah Tun M kuatkan Bersatu

KUALA LUMPUR – Tindakan dua pemimpin  Umno meninggalkan parti didakwa adalah helah
Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mengukuhkan partinya bagi
menentang PKR, kata Pengerusi Jemaah Penasihat Umno, Tengku Razaleigh Tengku
Hamzah.
Menurut Tengku Razaleigh memandangkan Bersatu hanya memiliki
12 kerusi sahaja namun menjadi Perdana Menteri dalam kerajaan PH tentunya ini
strategi Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mencari ‘orang luar’ bagi menguatkan
kedudukan komponen itu dalam Parlimen.
“Situasi hari ini parti yang terkecil memimpin kerajaan
sekarang ialah parti Bersatu Mahathir. Jadi barangkali Bersatu mencari-cari
orang luar daripada PH untuk menguatkan lagi kedudukan mereka dalam Parlimen.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Hal ini supaya perebutan kuasa antara dua kelompok ini
(Bersatu dan PKR) dalam PH akan dapat diredakan dengan adanya pihak yang
menyokong langkah ini.
“Ini kesimpulan saya, sebab itu saya rasa Ahli Parlimen
Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Ahli Kimanis, Datuk Seri Anifah Aman ini
diusik,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Jalan Langgak Golf, di sini,
hari ini.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement

Tambahnya, umum maklum memang wujud konflik antara Dr
Mahathir dan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kedua-dua mereka tidak
kuat, oleh itu masing-masing gigih mencari sokongan luar.
Sementara itu, Tengku Razaleigh juga menambah trend keluar
parti di kalangan pemimpin Umno ini terjadi didorong oleh beberapa faktor
peribadi.
“Kita baru kalah, mereka ini pula sudah biasa dengan
kedudukan, kehidupan sekarang juga berlainan daripada dulu.
“Maka kalau ada tawaran atau pujukan, itu akan mempengaruhi
pemikiran mereka. Jadi, sama ada mereka bergerak ke sebelah sana ataupun tidak,
bergantung kepada kepentingan mereka tak ada kena mengena dengan politik..lebih
kepada sebab peribadi,” ujar beliau.
Bekas Menteri Kewangan ini juga menambah pemimpin Umno yang
berhasrat meninggalkan parti, bebas berbuat demikian tanpa sebarang halangan.
“Bagi saya  mereka
bebas nak ke mana pun, biarlah jernih keadaan dalam Umno ini. Sesiapa  yang tak ada iman kuat untuk bersama dengan
Umno sepanjang masa biarlah mereka pergi, tak upaya kita nak kepung, kawal sana
sini, nak pasang spy.
“Kalau mereka tak setia dengan perjuangan tak usah pujukla,
lagipun kita parti kalah, tak ada kuasa. Malah bagi saya tindakan Mustapa
meninggalkan Umno juga bukan keputusan yang mengejut,” jelasnya. – Sinar Harian

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel