Connect with us

Berita Lain

Polis kesan 2 lelaki lakukan 2 samun selang 15 minit

Dua suspek yang dihendaki polis disyaki terlibat kes samun
kedai dobi layan diri di Bandar Puteri Jaya Sungai Petani, semalam. – Foto Utusan Online

Polis sedang mengesan dua lelaki yang melakukan dua kes
samun dalam tempoh selang 15 minit di sebuah kedai dobi layan diri dan kedai
runcit 24 jam di Sungai Petani, semalam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Supt Sazalee Adam
berkata dalam kejadian pertama kira kira 7 pagi semalam, seorang wanita berusia
37 tahun kerugian RM10,000 selepas disamun dua lelaki berkenaan di kedai dobi
layan diri 24 jam di Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani, semalam.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Ketika kejadian wanita terbabit berada berseorangan di
dalam kedai sebelum seorang lelaki masuk dan bertanyakan tentang bajunya yang
hilang sebelum mendekati mangsa dan cuba merampas beg tangan. Suspek yang
terkejut cuba menarik beg tangannya namun terpaksa menyerahkan selepas diacukan
parang oleh suspek.
“Pada masa itu, seorang lagi rakan suspek masuk ke
kedai dan menarik barang kemas dileher, tangan dan jari mangsa serta merampas
kunci kereta jenis Pesona milik mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, mangsa yang mengalami kerugian berjumlah RM10,000
itu telah membuat laporan di Balai Polis Sungai Petani.
Sementara itu, Sazalee berkata selang 15 minit kemudian
kedua-dua suspek yang sama turut menyamun sebuah kedai runcit 24 jam di Jalan
Kelab Cinta Taman Ria, Sungai Petani.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
“Semasa kejadian, pekerja yang berada di kaunter
pembayaran didatangi seorang lelaki yang mahu membeli kad prabayar dan semasa
hendak mengambil kad yang diminta lelaki terbabit telah meletak sebilah pisau
panjang dileher mangsa.
“Suspek memaksa mangsa membuka laci tempat menyimpan
wang sebelum mengambil wang tunai dan beberapa barang milik mangsa yang
dianggarkan bernilai RM4,500,” katanya.
Mangsa sempat menekan butang siren di bawah laci kaunter dan
suspek yang terkejut terus melarikan diri menggunakan kereta jenis Proton Saga
Aeroback berwarna kelabu yang nombor pendaftarannya ditutup yang berada
dihadapan kedai.
Beliau berkata hasil siasatan dan rakaman kamera litar
tertutup (CCTV) mendapati dua suspek tersebut merupakan suspek yang sama dalam
kejadian samun kedai dobi dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun
Keseksaan kerana melakukan samun berkumpulan bersenjata. 
– Bernama

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel