Connect with us

Berita Lain

Polis serbu rumah Tun Rahah



KUALA LUMPUR – Polis menyerbu kediaman ibu bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Tun Rahah Mohammad Noah di Jalan Eaton, di sini petang semalam.


Difahamkan serbuan  itu dilakukan jam 4 petang oleh 14 anggota, pada waktu yang sama Najib didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Bagaimanapun tiada barangan sebarang dokumen diambil dari kediaman tersebut.

Polis turut memeriksa di sebalik siling rumah untuk melihat jika ada wang tunai yang disembunyikan,


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata, tindakan itu kejam untuk menakutkan wanita itu.

“Ya kejam dan tak jumpa apa-apa pun di rumahnya,” katanya.

Terdahulu, Najib mengaku tidak bersalah terhadap empat pertuduhan rasuah dan 21 pertuduhan melibatkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram membabitkan sejumlah  RM2.28 bilion.

Sebelum ini beliau turut dihadapkan dengan tujuh pertuduhan pengubahan wang haram dan salah guna kuasa, berhubung RM42 juta yang ditemui dalam akaun peribadinya daripada bekas subsidiari 1MDB, SRC International.

Sarawak Report sebelum ini melaporkan Najib membayar RM17 juta kepada Yayasan Rahah Foundation yang diasaskan ibunya dengan wang yang didakwa daripada 1MDB. – Sinar Harian

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel