Connect with us

Berita Lain

Potensi jadi Oxford, Maszlee kekal presiden UIAM

Aktivis pelajar Asheeq Ali (kanan) mengadakan pertemuan
bersama Dr Maszlee Malik hari ini. — Foto oleh Azneal Ishak/Projek MM
KUALA LUMPUR, 12 Sept — Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik
berkata pelantikannya sebagai presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
(UIAM) akan diguna untuk mengembalikan kegemilangan universiti itu sehingga
mampu muncul sebagai ‘Oxford of Muslim countries’.
Beliau menarik perhatian bahawa UIAM sejak beberapa tahun
kebelakangan ini dilihat menurun dari segi prestasinya.
“Dengan kedudukan Menteri Pendidikan sebagai presiden saya
cuma ingin melaksanakan misi dan tanggungjawab yang diamanahkan UIAM, dan saya
akan lakukan yang terbaik, kemudian saya akan letak jawatan (sebagai presiden
universiti),” katanya.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Maszlee ditemui pemberita di sini malam ini selepas
mengadakan pertemuan dengan sekumpulan pelajar yang antara lain mahu beliau
melepaskan jawatan presiden UIAM.
Mengulas lanjut, beliau berkata Perdana Menteri Tun Dr
Mahathir Mohamad sendiri ada memberitahunya bahawa UIAM berpotensi menjadi
setaraf dengan Universiti Oxford di United Kingdom.
Menurut Maszlee, warga UIAM kini bersedia melakukan
perubahan ke arah kegemilangan itu dan beliau tidak mahu mengecewakan harapan
tersebut.
Beliau menegaskan kedudukannya sebagai presiden UIAM tidak
akan membantutkan komitmen kementerian untuk memastikan semua univesiti di
negara ini mencapai tahap kegemilangan masing-masing.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Berhubung desakan kumpulan pelajar itu agar beliau
melepaskan jawatan berkenaan dalam tempoh tujuh hari mulai hari ini, menteri
itu berkata: “Sebagai bapa saya harus 
mendengar keluhan anak-anak, biasalah anak-anak kalau tak dapat sesuatu
dia kecewa dan tugas ayah dia kena pujuk, dan cara terbaik (ialah dengan)
menunjukkan contoh terbaik.”
Ditanya mengenai kekecewaan kumpulan pelajar itu berhubung
pertemuan hari ini yang didakwa menemui jalan buntu, Maszlee berkata beliau
perlu mengambil pandangan pelbagai pihak mengenai isu yang dibangkitkan.
“Sebab itu saya adakan perbincangan dengan lebih luas,
bertemu dengan rektor UIAM, senat dan warga UIAM kerana lantikan (sebagai
presiden universiti)  dibuat bukan
membabitkan keputusan saya,” katanya. — Bernama


Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel