Connect with us

Berita Lain

PTPTN: Kelonggaran pada peminjam baru dapat kerja, pendapatan rendah

Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Wan Saiful Wan Jan

Draf kaedah pembayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung
Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah diserahkan kepada Menteri Pendidikan
Dr Maszlee Malik pada Rabu lalu untuk diteliti dan tindakan lanjut, kata
pengerusinya Wan Saiful Wan Jan.
Beliau berkata ia juga diserahkan kepada Kementerian Hal
Ehwal Ekonomi dan Kementerian Kewangan untuk tujuan memberi input dan
penambahbaikan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Kita mengesan banyak kelemahan dalam pengurusan pembayaran
balik pinjaman sebelum ini dan telah membuat kajian holistik bagi
merealisasikan manifesto Pakatan Harapan (HARAPAN) bagi membantu meringankan
beban peminjam,” katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Wan Saiful bercakap kepada pemberita selepas melancarkan
Pertubuhan Pakatan Aktivis Bersatu Perihatin Rakyat Perlis di Beseri, di Padang
Besar malam tadi.
Menurutnya, antara intipati draf berkenaan ialah peminjam
yang berpendapatan rendah atau baru mendapat pekerjaan akan diberi kelonggaran
membayar balik pinjaman bagi meringankan beban mereka.
Wan Saiful berkata agensi itu akan turun padang mengadakan
sesi taklimat di seluruh negara dalam masa terdekat supaya orang ramai lebih
memahami fungsi PTPTN sekali gus menghentikan sebarang tohmahan dan fitnah
terhadapnya.
Pada 20 Sept lalu, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad
berkata hutang terkumpul yang tidak dibayar kepada PTPTN berjumlah RM36 bilion.
Turut hadir pada majlis malam tadi ialah penaung pertubuhan
berkenaan, Datuk Seri Diraja Syed Razlan Putra Jamalullail dan Pengerusi Parti
Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Perlis Amier Hassan.
– Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel