Connect with us

Berita Lain

Pukul isteri sampai patah hidung, pemandu Grab didakwa

Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur
kerana mencederakan isterinya dua bulan lalu. — Foto oleh Yusof Mat Isa/Projek MM

KUALA LUMPUR, 4 Sept — Seorang pemandu Grab mengaku tidak
bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan dengan sengaja
menyebabkan kecederaan terhadap isterinya, dua bulan lepas.
Azri Ismail, 45, didakwa dengan sengaja telah menyebabkan
cedera parah ke atas suri rumah Noor Aishah Ahmad, 44, dengan menumbuk muka
hingga patah bahagian hidung di sebuah premis di Taman Aman Putra Jinjang Utara
di sini pada 12 tengah hari, 27 Julai lepas.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Dia dituduh mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan dan boleh
dihukum menerusi Seksyen 326A Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara
maksimum 14 tahun dan dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya N. Joy Jothi tidak menawarkan
jaminan, bagaimanapun tertuduh yang tidak diwakili peguam tidak membuat
sebarang rayuan kepada mahkamah.
Hakim Mahyon Talib tidak membenarkan tertuduh diikat jamin
serta menetapkan 14 Sept untuk sebutan semula kes dan tertuduh kemudian dibawa
ke Penjara Sungai Buloh. — Bernama


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel