Connect with us

Berita Lain

Rasuah: Kakitangan JPJ direman enam hari


TEMERLOH – Seorang kakitangan Jabatan Pengangkutan Jalan
(JPJ) cawangan Temerloh direman selama enam hari bermula hari ini, bagi
membantu siasatan rasuah berkaitan pengeluaran lesen kenderaan motor yang sudah
tamat tempoh.
Sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
berkata, perintah tahanan reman terhadap suspek yang berusia 37 tahun itu
dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Temerloh, Ti Pei Si.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Suspek yang sudah lima tahun berkhidmat dengan JPJ ditahan
di pejabatnya pada pukul 12 tengahari semalam, bagi membantu siasatan mengikut
Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Dia yang berkhidmat sebagai pembantu tadbir (pengkeranian
operasi) difahamkan mengambil suapan bagi membolehkan lesen kenderaan motor
yang telah tamat tempoh melebihi setahun dikeluarkan tanpa melalui prosedur
yang ditetapkan JPJ.
Kesalahan itu dipercayai dilakukan dengan cara memanjangkan
tempoh tarikh tamat, supaya kenderaan terlibat tidak perlu melalui pemeriksaan
Puspakom Sdn. Bhd. (Puspakom).
Kegiatan itu difahamkan berlaku di beberapa negeri lain dan
SPRM telah melakukan siasatan berhubung sindiket berkenaan sejak tahun 2016. –
Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel