Connect with us

Berita Lain

Rosmah tiba di SPRM kali kedua



PUTRAJAYA – Datin Seri Rosmah Mansor tiba di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kira-kira jam 9.50 pagi, tadi, bagi membantu siasatan kes 1MDB.


Rosmah, 66, hadir menaiki kereta Proton Perdana dengan ditemani peguamnya, Datuk K Kumaraendran, lapor Sinar Harian.

Kelihatan Rosmah berbaju kurung dan selendang hijau bagi merakamkan keterangannya berhubung kes berkenaan.

Ini kali kedua isteri kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu dipanggil ke ibu pejabat SPRM untuk memberi keterangan kali pertama adalah 5 Jun lalu.

SPRM tidak menolak kemungkinan Rosmah akan turut didakwa, namun ia belum diketahui bila tindakan itu akan diambil.

Akhbar  New Straits Times melaporkan, Rosmah bakal berdepan dengan 20 pertuduhan jenayah dalam masa terdekat selepas siasatan yang bermula dua tahun lalu itu dilengkapkan.

Siasatan terhadap Rosmah dibuka semula sejak tiga bulan lalu sejurus BN ditumbangkan dalam PRU14 lalu.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel