Connect with us

Berita Lain

‘Saya tanding di PD, ada pemimpin PKR ‘ngok ngek ngok ngek’

Anwar Ibrahim

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan anggota
parti agar memilih pemimpin yang setia meneruskan perjuangan parti dalam
pemilihan PKR kali ini dan bukan pemimpin yang mempunyai agenda untuk
kepentingan sendiri.
Anwar berkata anggota PKR perlu menyedari parti itu dibentuk
kerana agenda reformasi dan membela rakyat.
“Jika ada pemimpin yang berubah dan tidak lagi
meneruskan perjuangan, dia telah mengkhianati parti, jangan pilih pemimpin
begini,” katanya dalam ucapan di hadapan lebih 1,000 penyokongnya pada
program ‘Jelajah Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Wilayah Persekutuan’ di Kuala
Lumpur hari ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Anwar seterusnya mempersoalkan tindakan pihak-pihak tertentu
dalam PKR yang mempertikaikan keputusannya untuk bertanding dalam Pilihan Raya
Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson.
Sedangkan, katanya pemimpin Pakatan Harapan (HARAPAN) yang
lain menyokong penuh keputusan berkenaan.
“Bila saya buat keputusan nak bertanding di PD (Port
Dickson), (Setiausaha Agung DAP) Lim Guan Eng sokong saya, Perdana Menteri Tun
Dr Mahathir pun sokong, (Presiden Amanah) Mohamad Sabu juga sokong, tapi dalam
parti (PKR), ngok ngek ngok ngek… kenapa?
“ Saya nak katakan, kita dah bincang dengan semua orang yang
boleh bagi pandangan, jadi keputusan ini telah dibincang,” katanya.
Anwar juga menyelar pihak tertentu dalam parti itu yang mahu
beliau menyingkir orang-orang tertentu dalam parti sebagai syarat sokongan pada
PRK Parlimen Port Dickson.
“Ada orang beritahu saya, parti ini aman kalau saya
pecat orang ini, orang itu. Kalau nak sokongan di PD, buang orang ini. Saya
kata, kalau kau tak tidak mau sokong saya di PD, saya tidak peduli,”
katanya disambut sorakan penyokongnya.
Terdahulu, ketika ditemui pemberita selepas program ‘Meet
Anwar’ anjuran Anwar Ibrahim Club, Anwar berkata beliau tidak akan mengambil
mudah PRK itu, walaupun pada hakikatnya beliau seorang pemimpin yang dikenali
dan menjadi lumrah bagi mana-mana calon tidak mendapat sokongan 100 peratus
daripada pengundi di mana-mana kawasan dan itu turut terpakai di Port Dickson.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Saya tidak pernah bersikap begitu, (sama ada) dalam
politik, kehidupan dan kerjaya, saya tidak memandang mudah mana-mana perkara,
anda perlu kerja keras, anda perlu bertemu rakyat dan berikan penjelasan,
lumrahnya anda tidak mendapat sokongan 100 peratus pengundi , tetapi adalah
penting untuk anda sedari bahawa kami hanya menawarkan diri kami sebagai calon.
“Oleh itu bagi mereka anda mungkin dikenali dan diterima di
tempat lain, tetapi apa yang penting adalah sokongan daripada Port Dickson.
Tiada yang pasti. Saya perlu bekerja keras,” katanya.
Anwar berkata beliau akan melawat kawasan itu secepat
mungkin untuk bertemu pengundi, malah sebelum hari penamaan calon.
Berhubung kenyataan Anggota Parlimen Padang Rengas daripada
Umno Datuk Seri Nazri Aziz yang secara terbuka menyatakan akan menyokong
termasuk berkempen untuk beliau pada pilihan raya kecil itu, Anwar berkata
beliau secara peribadi mengalu-alukan sokongan daripada mana-mana pihak.
“Tetapi apabila melibatkan platform parti ia akan diputuskan
oleh parti. Saya bukanlah sombong untuk menolak mana-mana tawaran untuk
membantu, saya hanyalah seorang calon,” katanya.
Nazri yang dipetik berkata demikian oleh sebuah portal
berita berkata, beliau percaya ini adalah yang terbaik untuk Umno bagi
memastikan parti itu kembali ke dalam kerajaan.
– Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel