Connect with us

Berita Lain

Seleweng RM50,000, bekas Adun Selangor ditahan


KUALA LUMPUR, 3 Sept — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM) menahan seorang bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN)
Selangor bagi membantu siasatan berkaitan salah guna kuasa berjumlah lebih
RM50,000, hari ini.
Menurut sumber, ADUN wanita berusia 56 tahun berkenaan
ditahan pada kira-kira 5.50 petang tadi di pejabat SPRM Selangor selepas hadir
memberi keterangan berkaitan kes itu.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Suspek wanita itu disyaki telah melantik sebuah syarikat
sebagai pembekal bagi Program Masyarakat Pusat Khidmat DUN yang mana syarikat
tersebut merupakan syarikat milik anaknya,” kata sumber itu.
Sementara, Pengarah SPRM Selangor Datuk Alias Salim ketika
dihubungi mengesahkan mengenai penahanan berkenaan.
“Penahanan suspek dibuat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM
2009,” katanya.
Suspek akan dibawa Mahkamah Majistret Shah Alam untuk
permohonan reman esok. — Bernama


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel