Connect with us

Berita Lain

Shafee hadapi dua tuduhan ubah wang haram RM9.5 juta, mengaku tidak bersalah

Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dibawa ke Mahkamah
Kuala Lumpur oleh SPRM hari ini. ― Foto oleh Azneal Ishak/Projek MM

Peguam terkenal Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah didakwa di
Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur hari ini atas dua pertuduhan menerima wang
hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM9.5 juta daripada bekas Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Razak dan dua pertuduhan membuat penyata yang tidak
betul di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967.
Muhammad Shafee, 66, bagaimanapun mengaku tidak bersalah
atas dua pertuduhan menerima wang hasil daripada aktiviti haram dan dua
pertuduhan membuat penyata yang tidak betul tanpa menyatakan jumlah RM9.5 juta
dalam penyata cukainya yang bertentangan dengan Akta Cukai Pendapatan 1967.
Pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Azura
Alwi.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Bagi pertuduhan pertama dan kedua, Muhammad Shafee didakwa
telah melibatkan diri dengan pengubahan wang haram iaitu dengan menerima hasil
daripada aktiviti haram, masing-masing berjumlah RM4.3 juta dan RM5.2 juta
melalui dua keping cek AmIslamic Bank Berhad milik Mohd Najib Hj Abd Razak yang
telah dimasukkan ke dalam dua akaun CIMB Bank Berhad milik tertuduh.
Muhammad Shafee dituduh melakukan kedua-dua kesalahan itu di
CIMB Bank Berhad, J2 & K1, Taman Tunku, Bukit Tunku dekat sini pada 13
Sept, 2013 dan 17 Feb, 2014.
Kedua-dua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(a)
Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001
(AMLATFA) yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5 juta dan penjara tidak
melebihi lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Mengikut dua pertuduhan berkaitan Akta Cukai, tertuduh
didakwa melibatkan diri secara langsung dalam transaksi yang melibatkan hasil
daripada akitiviti haram iaitu dengan membuat suatu penyata yang tidak betul
yang bertentangan dengan Perenggan 113(1)(a) Akta Cukai Pendapatan 1967 bagi
Tahun Kewangan berakhir pada 31 Dis, 2013.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Bagi pertuduhan itu dia didakwa meninggalkan pendapatan yang
telah diterima pada 13 Sept, 2013 berjumlah RM4.3 juta dan pendapatan yang
diterima pada 17 Feb, 2014 berjumlah RM5.2 juta melalui dua keping cek
AmIslamic Bank Berhad milik Mohd Najib Hj Abd Razak yang dimasukkan ke dalam
dua akaun CIMB Bank Berhad milik tertuduh, yang mana tertuduh dikehendaki oleh
Akta Cukai Pendapatan 1967 untuk membuat penyata bagi pihak tertuduh.
Muhammad Shafee didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu di
Lembaga Hasil Dalam Negeri, Cawangan Duta, Kompleks Pejabat Kerajaan Jalan
Tuanku Abdul Halim, di sini pada 3 Mac, 2015, dan 29 Jun, 2015.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta
Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil
Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFAPUA) yang memperuntukkan hukuman penjara
tidak melebihi 15 tahun dan boleh didenda tidak kurang daripada lima kali ganda
jumlah atau nilai daripada aktiviti haram atau peralatan kesalahan itu pada
masa kesalahan dilakukan atau RM5 juta, yang mana lebih tinggi, jika sabit
kesalahan.
Bekas Hakim Mahkamah Persekutuan dan peguam kanan Datuk Seri
Gopal Sri Ram mengetuai pasukan pendakwaan yang dibantu oleh Timbalan Pendakwa
Raya Kamal Baharin Omar, Ahmad Akram Gharib, dan Afzainizam Abdul Aziz.
Muhammad Shafee diwakili peguam Harvinder Singh, Chetan
Jethwani, Datuk Hasnal Rezua Merican, Sarah Abishegan, Rahmat Hazlan dan
Muhammad Farhan Muhammad Shafee.
– Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel