Connect with us

Berita Lain

Shafee: ‘Takkan saya nak tanya PM dapat duit dari mana’



Jika sebelum ini, peguam terkemuka, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah hadir ke mahkamah sebagai peguambela bagi mewakili anak guamnya, namun hari ini, beliau menjadi orang kena tuduh (OKT) selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengemukakan empat pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM9.5 juta.

Lengkap berpakaian kemas seperti kebiasaan beliau hadir ke mahkamah, Shafee sempat melemparkan senyuman dan mengangkat tangannya kepada petugas media sebaik tiba di mahkamah jam 11 pagi, lapor Sinar Harian.
Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();


Shafee berkata, beliau tidak menjangkakan akan berdepan dengan pertuduhan itu.
“Bagi saya, saya hanya menerima bayaran bagi khidmat guaman yang telah diberikan,” katanya.

Menurutnya, kesemua transaksi RM9.5 juta mempunyai resit yang dikeluarkan oleh firmanya terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai yuran guaman.

“Saya langsung tidak menjangkakan,” katanya.
Beliau berkata, sebagai peguam adalah tidak wajar mempersoalkan sumber bayaran.

“Takkan saya nak tanya perdana menteri (Najib) daripada mana sumber wang berkenaan,” katanya.

Shafee mendakwa tuduhan yang dikemukakan bermotifkan politik malahan langsung tidak mempunyai asas.

“Ini adalah taktik buli untuk menyingkirkan saya daripada mengetuai barisan pembelaan berhubung kes Najib.

“Mereka tahu kami mempunyai  barisan pembelaan yang terbaik,” katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});


Dakwanya lagi, pihaknya mendengar khabar angin bahawa pertuduhan itu akan dibicarakan bersama kes Najib.

“Khabar angin di Malaysia biasanya tepat.

“Tetapi ia tidak akan terjadi kerana kami mempunyai strategi,” katanya pada sidang media selepas selesai membayar jaminan.

Sementara itu, anak sulungnya, Muhammad Farhan yakin pertuduhan terhadap ayahnya mempunyai motif tertentu.

” Ini adalah kesan daripada tindakan ayah sebagai peguam bela Najib,” katanya.

Farhan, 29, yang juga peguam berkata, walaupun tidak menyangka bapanya terpaksa berdepan dengan pertuduhan, sokongan tetap akan diberikan.

“Saya tidak pernah terfikir suatu hari nanti perlu menjadi peguam kepada ayah saya, namun, saya tahu besar kemungkinan perkara itu mungkin akan terjadi,” katanya.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel