Connect with us

Berita Lain

Tak mustahil pembangkang gabung dengan PKR – Khaled

Khaled Nordin – Foto Berita Harian

Saya doakan Tan Sri Muhyiddin Yassin senantiasa dalam
keadaan baik. Semoga Allah SWT memberikan keafiatan dan kesihatan, agar Tan Sri
dapat segera kembali bertugas untuk bangsa dan tanah air.
Sebelum saya teruskan, suka saya untuk memetik hikmah Imam
Al-Ghazali, daripada karyanya yang bertajuk al-Arba’in fi Usul al-Din.
Beliau telah menyenaraikan 10 sifat mahmudah (baik) dan 10
sifat mazmumah (tidak baik) yang selalu ada pada manusia. Antara sifat-sifat
mazmumah tersebut adalah sifat bangga diri, iaitu menyangkakan diri lebih
sempurna dan diri orang lain tidak berupaya melakukan sebagaimana yang dia
lakukan.
Maka timbullah perasaan menghina dan memperkecil-kecilkan
sesama manusia, selain lupa bahawa tiap-tiap sesuatu itu ada kelebihannya.
Minggu lepas, dalam sebuah wawancara, Tan Sri telah membuat
kenyataan bahawa Umno telah musnah dan kerana itulah Parti Peribumi Bersatu
Malaysia (PPBM) ditubuhkan.
“Ada lagi PAU (Perhimpunan Agung Umno)? Saya fikir dah habis
tapau.”

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Parti yang tunggang-langgang, masuk longkang, dah hancur.
Sepatutnya sudah sampai masa untuk orang Melayu memikirkan bahawa Umno sudah
tidak wujud lagi, kita tinggalkan, tak ada maknanya,” ujar Tan Sri sewaktu
diwawancara oleh akhbar Sinar Harian.
Saya terpanggil untuk memberikan pandangan saya.
Wahai Tan Sri Muhyiddin,
Saya orang parti. Saya tidak pernah kenal wadah yang lain
dalam perjuangan saya, kecuali Umno. Dalam susutnya pengaruh UMNO pasca PRU 14,
saya dan jutaan lagi orang Melayu memilih dengan penuh sedar untuk kekal
bersetia dengan Umno.
Hakikatnya, Umno. masih parti terbesar di Parlimen. Umno
masih mendapat kepercayaan sebahagian besar orang Melayu. Malah Umno jauh lebih
dominan, kuat dan berpengaruh daripada BERSATU, walaupun sokongan terhadapnya
nyata semakin susut.
Cercalah. Perlilah. Katakanlah apa jua, insya-Allah kami
akan terus menghidupkan Umno. Kerana bagi kami, Umno ini bukan sekadar sebuah
parti.
Ia adalah gerakan kebaikan untuk bangsa Melayu. Ia adalah
sebuah institusi politik Melayu nan satu-satunya. Apatah lagi pada orang Johor
seperti saya. Umno, bagi orang Melayu Johor, sudah menjadi sebahagian daripada
nyawanya.
Kerana itu, ia akan kami pertahan, kami rawat dan kami
pulihkan. Dengan bersungguh-sungguh dan ikhlas.
Pastinya sebahagian besar daripada kami di dalam Umno sangat
mengerti isyarat yang telah rakyat Malaysia berikan pada pilihan raya yang
lepas.
Kami bukan orang yang tidak boleh berfikir. Tetapi, masakan
kami hanya akan pasrah dan berpeluk tubuh, membiarkan Umno terhukum sedemikian
dan terus luput dari persada politik Malaysia?
Wahai Tan Sri Muhyiddin,
Insya-Allah, dengan semangat ini, kami akan pastikan Umno
tidak akan musnah. Umno ini tidak akan kami tinggalkan, kami cerca dan kami
buang seperti yang Tan Sri lakukan kepadanya. Kami sedar Umno punya kekurangan
yang mesti dipulihkan. Dan kami akan memulihkannya. Biar saya berikan sebabnya.
Pertama, setakat waktu dan saat ini, tidak ada gerakan
secara besar-besaran meninggalkan Umno dan menyertai BERSATU.
Malah BERSATU yang terus-terusan mengeluarkan pelbagai
kenyataan, bahawa pintunya masih terbuka luas kepada ahli-ahli Umno untuk
menyertainya. Amatlah jelas, BERSATU sangat memerlukan segala sokongan yang ada
kerana kedudukannya begitu rapuh di dalam perikatan politik nasional ketika
ini.
Dengan dipimpin oleh negarawan yang sudah lanjut usia,
dengan jumlah kerusi yang sangat sedikit, dan barisan kabinet amatur yang amat
tidak menyerlah, BERSATU masih belum berjaya meyakinkan orang Melayu. BERSATU
masih tidak dapat menyatupadukan orang Melayu.
Kedua, benar Umno kehilangan kuasa pada PRU 14. Tetapi Umno
bukan kehilangan pengaruh. Perhitungan kemenangan kerusi dalam pilihan raya
banyak sekali ditentukan oleh dominasi dan sumbangan sebab-sebab lain.
Namun, kepada kebanyakan orang Melayu, Umno masih cukup
meyakinkan. Di kawasan pedalaman Melayu, Umno terus berpengaruh.
Malah dalam ketiadaan BERSATU menyediakan agenda dan pelan
yang jelas untuk membela kepentingan bangsa, Umno terus dirujuk dan diingati
sebagai gerakan politik yang konsisten dalam jasa baktinya untuk kebaikan orang
Melayu, tanpa mengabaikan kepentingan orang-orang lain.
Atas dasar ini, Umno akan melakukan segala sehabis baik
untuk melonjakkan pengaruhnya. Apatah lagi BERSATU kini, yang sangat bergantung
pada ehsan DAP, AMANAH dan PKR, masih tidak jelas tentang bagaimana untuk ia
mengepalai orang Melayu.
Ketiga, Umno dibangunkan atas ideologi yang sangat jujur.
Bahawa misi utamanya adalah melakukan kebaikan kepada bangsa Melayu dan berlaku
adil kepada bangsa lain bagi membentuk Malaysia yang sejahtera.
Selama 60 tahun, Umno tidak pernah hilang fokus dalam
membangunkan kemandirian bangsa Melayu serta kebolehsaingan Malaysia.
Sedangkan BERSATU, seperti yang kita tahu, telah ditubuhkan
tanpa sebarang latar ideologi yang konkrit. Lahirnya hanya kerana amarah
seorang negarawan yang berselisih pandangan dengan Presiden Umno yang lalu.
Sampai waktu ini, tidak ramai ahli BERSATU sendiri yang
boleh menjelaskan kepada orang Melayu, atas ideologi apakah BERSATU ini hadir
ke dalam arena politik negara?
Keempat, perlu diingatkan, di dalam Umno, tidak semua
berpendirian bahawa bekas Presiden Umno, Datuk Seri Najib itu benar dan betul.
Ramai sekali di dalam Umno yang mahu Datuk Seri Najib mengambil tanggungjawab
ke atas kemelut 1MDB.
Kami semua bukan ‘yes man’. Cuma, kami mempunyai cara kami
sendiri dalam menguruskan isu dalaman.
Saya akui, sebelum ini Umno amat bersifat
presidential-centric. Dan saya ingin tegaskan, antara mereka yang
bertanggungjawab membangun dan membenarkan struktur sebegini dalam Umno adalah
Tan Sri sendiri serta Negarawan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Malah, kematangan perjalanan politik Tan Sri bermula dan
mencapai kedewasaannya semasa berada di dalam Umno. Tidak ada pihak yang boleh
menafikan semua ini.
Apa yang berlaku dalam PRU-14 lalu adalah satu kes terpencil
yang menyaksikan Umno terpaksa membayar harga yang sangat tinggi kerana memilih
untuk mengutamakan Presiden daripada parti dan institusinya.
Tetapi, itulah fitrah kehidupan. Kami tidak menyesal. Tapi,
kami akan belajar dari kesilapan. Umno faham pengajaran besar ini dan berhasrat
untuk tidak mengulanginya lagi.
Insya-Allah kami akan islahkan Umno selari dengan firman
Allah di dalam Al-Quran; “Barangsiapa yang beriman dan mengadakan
kebaikan, maka tak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak pula mereka
bersedih hati”.
Kelima, amatlah benar, pengaruh Umno telah menyusut. Tetapi,
adalah juga benar bahawa konteks politik Malaysia tidak akan stabil jika
politik Melayu dan Islam terus berkecamuk tanpa sebarang kesepakatan dan
kesatuan niat.
Umno yang lemah adalah sangat tidak strategik kepada
kepentingan bangsa Melayu dan masa depan Malaysia. Walau apa pun keadaannya,
Umno harus terus ada untuk orang Melayu, demi mempertahan dan memperbaharui
budaya serta jati diri bangsa itu sendiri.
Umno akan terus menggalas tanggungjawabnya. Malah Umno akan
lebih berperanan daripada BERSATU, kerana BERSATU masih lagi bukan kuasa
politik Melayu yang dominan.
Sekarang Umno sangat mengerti peranan barunya. Umno akan
memastikan parti ini lebih efektif dalam melaksanakan apa yang perlu untuk
semua rakyat Malaysia. Saya percaya, Malaysia Baru di bawah pimpinan Pakatan
Harapan (HARAPAN), yang menang tidak akan menang semuanya, dan yang kalah tidak
akan hilang segalanya.
Dan yang terakhir, dalam keghairahan BERSATU merai
kemenangan HARAPAN, mereka lupa bahawa, telah wujud satu sistem politik yang
bukan lagi berdasarkan pertembungan di antara dua gabungan politik yang besar.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Malaysia waktu ini akan dicorakkan oleh ‘one political
coalition against a myriad of political parties’. Maknanya, semua parti politik
mempunyai pengaruh dan kepentingan strategik sendiri dalam pembentukan
kerajaan. Setiap satunya harus strategik dan terbuka dalam menentukan survival.
Yang pastinya, Umno, PAS, MIC, MCA, GPS di Sarawak dan
Gabungan Bersatu Sabah, berbekalkan formula yang betul dan utuh, mampu
membentuk satu gabungan politik yang berupayanya memberi tentangan hebat kepada
HARAPAN.
Tidak mustahil, untuk kesemua parti ini bergabung bersama
PKR dan menubuhkan sebuah gabungan baharu ‘Pakatan Malaysia’, bukan lagi
‘Pakatan Harapan’.
Bila tiba masanya nanti, hanya Tuhan sahaja yang tahu akan
peranan, kedudukan dan masa depan BERSATU.
Wahai Tan Sri Muhyiddin,
Dalam keadaan dan kedudukan Tan Sri saat ini, doakanlah
hanya yang baik-baik untuk orang Melayu.
Janganlah doakan kemusnahan Umno, kerana dalam kebencian Tan
Sri terhadap Umno, ramai sekali yang masih bernaung di bawahnya, mencari dan
menunggu kepimpinan dan pencerahan daripadanya.
Doakanlah, dengan hikmah kifarah yang telah Allah timpakan
kepada Umno ini, bakal berhasil usaha Islah dan Tajdid perjuangannya yang jujur
dan ikhlas.
Doakanlah, supaya Umno yang lemah, akan kembali pulih dan
kuat.
Doakanlah yang baik-baik, kerana antara asbab Tan Sri berada
pada kedudukan kini adalah kerana Umno juga.
Sewaktu Tan Sri disingkirkan daripada Umno, ramai sekali
ahli Umno Johor yang bangun, membela dan mempertahan Tan Sri. Apabila kami ke
Pagoh, tiada sekelumit pun kata nista kami lontarkan kepada Tan Sri. Semuanya
kerana kami mengenang jasa Tan Sri terhadap Umno.
Setelah apa yang berlaku pada Umno, saksikanlah kelak bahawa
parti ini akan bangkit dengan gigih. Bangkit untuk kembali memperjuangkan
politik yang baik dan sempurna. Bangkit untuk menjadi pedoman kepada nurani,
kesedaran dan intelek bangsa Melayu.
Insya-Allah, UMNO tidak akan musnah.
Datuk Mohamed Khaled Nordin merupakan bekas menteri besar Johor. Tulisan ini merupakan pandangan peribadi beliau dan tidak mencerminkan pendirian rasmi Malaysian Update.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel