Connect with us

Berita Lain

Tidak guna kutipan cukai banyak tapi rakyat derita, kata menteri

Lim Guan Eng – Foto NST

KOTA KINABALU, 3 Sept — Perkhidmatan pengangkutan udara di
Sabah dan Sarawak dikecualikan daripada Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST)
kerana ia merupakan mod pengangkutan yang kritikal dan penting bagi penduduk di
kedua-dua negeri tersebut.
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata pengecualian tersebut
merupakan keistimewaan yang diberikan kepada kedua-dua negeri di pulau Borneo
itu kerana mengambil kira faktor struktur muka bumi Sabah dan Sarawak yang
begitu luas.
Katanya, pengecualian cukai perkhidmatan udara di wilayah
Sabah dan Sarawak berkenaan mungkin mengejutkan kerana pengangkutan udara
dikenakan cukai di bawah pelaksanan sistem Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)
oleh kerajaan terdahulu.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Lim berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri
taklimat dan forum pelaksanaan Cukai Perkhidmatan dan Jualan (SST) anjuran
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) di sini semalam.
Hadir sama pada majlis, yang dihadiri 1,000 pihak
berkepentingan itu, ialah Ketua Pengarah JKDM, Datuk Seri T. Subromaniam.
Mengenai sesi taklimat itu, Lim berkata ia adalah ruang bagi
kerajaan, khususnya kementerian beliau, untuk mendengar pandangan rakyat
berhubung sistem percukaian yang baru dikuatkuasakan kelmarin.
Katanya,  berdasarkan
maklum balas berkenaan,, kerajaan sedia meminda mana-mana perkara yang mungkin
tidak sesuai dengan penerimaan rakyat dan pindaan itu akan dilakukan pada akhir
tahun ini.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
“Kebajikan rakyat lebih penting daripada hanya membicarakan
soal menaikkan cukai. Saya tidak mengatakan cukai itu tidak penting. Ia
penting. Tetapi dalam konteks yang lebih luas, anda akan saksikan bahawa
memperkasakan ekonomi rakyat adalah lebih penting,” katanya.
“Apa gunanya memperolehi kutipan cukai yang banyak jika
rakyat menderita. Dan kita tahu bahawa inilah (raktyat menderita) yang
dilakukan GST kepada rakyat,” katanya. — Bernama

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel