Connect with us

Berita Lain

Tragedi hantar kertas jawapan UPSR

Anggota bomba memadam kebakaran yang berlaku ke atas sebuah
kereta dalam kemalangan yang mengorbankan seorang guru, Arrzahara Affendi
(gambar kecil) hari ini. – Foto Kosmo!
LAWAS – Perjalanan dua orang guru untuk menghantar kertas
jawapan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) ke Wisma Persekutuan di sini
berakhir dengan tragedi apabila seorang daripada mereka maut selepas kereta
yang dinaiki mereka terbabas dan terbakar di Jalan Bukit Suling di sini hari
ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah hari itu,
mangsa, Arrzahara Affendi, 28, disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan
kecemasan di Hospital Lawas.
Difahamkan, guru wanita menghembuskan nafas terakhir di
hospital tersebut kira-kira pukul 2.20 petang, lapor Kosmo!.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Ketua Polis Daerah Lawas, Deputi Superitendan Abang Zainal
Abidin Abang Ahmad berkata, rakan setugas mangsa yang berusia 24 tahun pula
hanya mengalami kecederaan ringan.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Menurutnya, sebelum kejadian, kedua-dua guru terbabit
dikatakan sedang dalam perjalanan menghantar kertas jawapan UPSR dari arah
Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hua Trusan menuju ke Wisma Persekutuan di
sini.
“Bagaimanapun, apabila tiba di lokasi kejadian, kereta
jenis Perodua Myvi yang dipandu guru lelaki tersebut dikatakan hilang kawalan
lalu terbabas di bahu jalan sebelum terbakar.
“Impak kemalangan tersebut telah mengakibatkan mangsa
mengalami kecederaan parah sebelum dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan
rawatan kecemasan,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Mengulas lanjut, Abang Zainal memberitahu, siasatan awal
mendapati kemalangan itu tidak melibatkan kenderaan lain.
Katanya, kereta berkenaan dipercayai dipandu oleh guru
lelaki tersebut sehingga menyebabkan dia gagal mengawal kenderaan itu lalu
terbabas dan terbakar.
“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta
Pengangkutan Jalan 1987,” ujarnya lagi.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel