Connect with us

Berita Lain

Tun Mahathir desak Najib lantik saya – Shafee


KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad
didakwa telah mendesak bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak agar
melantik Tan Sri Shafee Abdullah sebagai pendakwa raya khas dalam perbicaraan
kes liwat, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Shafee dalam satu kenyataan hari ini mendakwa, Najib
sebenarnya tidak begitu berminat dengan idea pelantikannya itu.
“Sebab beliau (Najib) mahu jaga hati Peguam Negara ketika
itu, Tan Sri Gani Patail. Malah beliau paling keberatan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Tapi Tun Mahathir beria mahu saya dilantik sebagai pendakwa
raya khas dalam kes Anwar sebab beliau (Tun Mahathir) tidak yakin Pejabat
Peguam Negara boleh menang.
“Mungkin sebab mereka telah kalah dalam kes liwat II di
Mahkamah Tinggi sebelum itu. Mereka juga kalah sebelumnya di mahkamah
Persekutuan dalam kes liwat I,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Menurut Shafee lagi, beliau telah dipanggil ke Yayasan
Perdana di Putrajaya pada tahun 2013 untuk bertemu dengan Mahathir.
“Tun Mahathir beritahu saya sendiri Najib baru meninggalkan
Yayasan Perdana selepas beliau berjaya memujuk Najib agar meyakinkan Peguam
Negara melantik saya. Bagi kes itu.
“Matthias Chang (bekas setiausaha politik Tun Mahathir) kata
pada saya, pelantikan saya ini salah satu daripada enam permintaan Tun Mahathir
kepada Najib, kalau tak beliau akan menentang Najib,” katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Pendedahan Shafee ini sebagai menafikan maklumat baharu
daripada Pejabat Peguam Negara yang mendakwa beliau menerima RM9.5 juta
daripada Najib sebelum perbicaraan kes liwat tersebut.
Kelmarin, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa sudah menerima
afidavit mengesahkan dakwaan pembayaran dibuat kepada Shafee yang
ditandatangani oleh pegawai Jabatan Peguam Negara.
Katanya, pelantikan seorang pendakwa raya bukanlah amalan
biasa bagi Peguam Negara dan lebih ganjil lagi yang dilantik itu seorang
kenalan rapat Najib.
Kata Anwar lagi, apabila Shafee menerima RM 9.5 juta dari
akaun peribadi Najib sewaktu beliau bertugas sebagai pendakwa raya dalam rayuan
kes, ia menghancurkan kredibilitinya sebagai seorang ejen Jabatan Peguam Negara
yang tidak berat sebelah. – Sinar Harian

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel