Categories: Berita Lain

Malukan Malaysia, warga Syria tinggal di KLIA ditahan

Lelaki warga Syria Hassan Al Kontar ditahan polis kerana
berada di kawasan larangan lapangan terbang tanpa pas menaiki penerbangan. – Foto ihsan Facebook/Hassan Kontar

PUTRAJAYA, 2 Okt
Lelaki warga Syria, Hassan Al Kontar yang didakwa tinggal di Lapangan Terbang
Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) sejak Mac lepas ditahan polis, semalam.
Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali yang
mengesahkan penahanan itu berkata pihaknya akan mengambil alih kes itu selepas
siasatan yang dijalankan polis selesai.
Beliau berkata jabatan itu akan bekerjasama dengan kedutaan
Syria untuk membolehkan lelaki itu dihantar pulang atau keluar dari Malaysia
selepas ini.
“Lelaki itu ditahan polis semalam kerana berada di kawasan
larangan lapangan terbang tanpa boarding pass (pas menaiki penerbangan).

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Kita akan selesaikan segera isu ini dengan kedutaan Syria
kes ini perlu ada penyelesaian kerana ia
memalukan negara,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Narrowcasting
Media dan Visa serta Pas Malaysia versi baharu di sini, hari ini.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Mustafar berkata Hassan yang bertindak memalukan Malaysia
melalui pelbagai kenyataan di media sosial sejak memasuki Malaysia 7 Mac lepas
memberikan alasan enggan pulang ke Syria kerana bimbang dipaksa menjadi
tentera.
“Walau apa juga alasannya, kita tidak akan berkompromi dan
akan pastikan kes ini ditutup dengan lelaki itu dikeluarkan dari negara ini,”
katanya.
Mustafar berkata sebelum ini, Hassan telah cuba memasuki
Kemboja selepas tempoh pas lawatannya ke Malaysia berakhir tetapi tidak
dibenarkan oleh pihak keselamatan negara itu.
“Di sana, dia tidak dibenarkan masuk kerana sebab tertentu
dan balik semula ke Malaysia. Dia usahakan pelbagai cara dan keluarkan
kenyataan yang memalukan negara kita di media sosial,” katanya.
Mengikut laporan akhbar, Hassan, 36, mendakwa tinggal di
klia2 sejak 7 Mac lepas kerana bimbang akan ditangkap jika pulang ke Syria.
Sepanjang tempoh itu, Hassan menghantar blog video tentang
kehidupan hariannya di Twitter dan Facebook sehingga menarik perhatian kumpulan
hak asasi manusia dan media antarabangsa.
Dalam perkembangan lain, Mustafar berkata penahanan enam
pegawai Imigresen oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) kerana didakwa
terbabit dalam perlakuan rasuah turut dibantu oleh pasukan risikan jabatan itu
yang bekerjasama dengan SPRM.
Katanya beliau sendiri telah bercakap dengan pegawai atasan
SPRM mengenai tindakan bersama yang boleh diambil terutamanya berkongsi
maklumat risikan sehingga individu berkenaan ditangkap.
Beliau berkata perkara itu dilakukan selepas pihaknya
mengesan perbuatan segelintir pegawai jabatan itu yang seumpama ‘duri dalam daging’ menyalahgunakan
kuasa sehingga memberi imej negatif kepada Imigresen.
“Sebab itu, jika ada tuduhan di mahkamah kita akan pastikan
mereka dikenakan hukuman seberat-beratnya kerana menyalahgunakan amanah yang
diberikan,” katanya.
Sabtu lepas, enam pegawai imigresen serta dua wanita,
seorang daripadanya warga Vietnam direman empat hari bagi membantu siasatan
SPRM kerana disyaki bersubahat dengan sindiket untuk melepaskan inidividu
disenarai hitam keluar dan memasuki negara ini. ― Bernama


Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Dua Anggota Polis Maut: Suspek Kes Serang Balai Polis Ulu Tiram Dipercayai Ahli Jemaah Islamiyah – KPN

JOHOR BAHRU, 17 Mei (Bernama) -- Suspek lelaki yang ditembak mati dalam kejadian serangan di… Read More

2 days ago

UiTM: Tiada Perbincangan Dibuka Kepada Bukan Bumiputera – KPT

Kementerian Pendidikan Tinggi dan kerajaan tidak pernah membincangkan atau membenarkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dibuka… Read More

3 days ago

Kes Langgar: Pegawai Kanan Polis Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Pelajar

IPOH, 14 Mei (Bernama) -- Seorang pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi… Read More

5 days ago

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

1 week ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

1 week ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

1 week ago