Connect with us

Berita Lain

Chong Wei pulang ke Malaysia, mohon ruang peribadi dihormati


SEPANG, 7 Okt — Setelah sekian lama berdiam diri akhirnya
jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei bersuara memohon semua pihak untuk
menghormati ruang peribadinya pada ketika ini.
Chong Wei yang disahkan menghidap kanser hidung tahap
pertama telah selesai menjalani rawatan hampir lebih dua bulan dan dibenarkan
pulang oleh doktor yang merawatnya di Taiwan hari ini.
Sejurus mengetahui beberapa media sedang menunggu
kepulangannya hari ini sejak pagi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur
(KLIA), Chong Wei meminta jasa baik semua agar tiada liputan berita mengenainya
ketika ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Beritahu semua orang (media) supaya balik, tidak perlu
tunggu saya. Saya tidak mahu semua media tunggu saya di lapangan terbang.
“Saya perlukan rehat ketika ini. Beberapa hari lagi saya
akan panggil semua media untuk menjelaskan keadaan saya. Terima kasih,” katanya
menerusi satu pesanan suara.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Sejak pagi tadi beberapa pihak media tempatan menunggu kepulangan
Chong Wei di KLIA dan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang.
Sehingga kini maklumat terperinci mengenai jadual
penerbangannya masih belum diketahui dan dijangka tiba di Lapangan Terbang
Sultan Aziz Shah di Subang menaiki jet peribadi.
Masalah kesihatan pemain berusia 36 tahun itu mula menjadi
tumpuan selepas pemain berkenaan menarik diri daripada Kejohanan Dunia di
Nanjing, China dan Sukan Asia di Jakarta-Palembang 2018, bulan lalu.
Sepanjang kariernya dalam badminton, Chong Wei meraih tiga
kali pingat perak Sukan Olimpik pada 2008, 2012, 2016 dan tiga kali muncul naib
juara Kejohanan Dunia (2011, 2013, 2015).
Beliau juga meraih gelaran ‘Raja Siri Super’ apabila
menjuarai kejohanan anjuran Persekutuan Badminton Dunia (BWF) paling banyak
dalam sejarah. Secara keseluruhan Chong Wei berjaya merekodkan 69 gelaran juara
dan 34 naib juara. — Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel