Connect with us

Berita Lain

13 saman, pemandu treler positif dadah direman 2 hari

KEADAAN kereta yang remuk selepas terbabit dalam kemalangan
di Kilometer 255.6 Lebuhraya Utara Selatan arah utara selepas Terowong Menora
semalam. – Foto BH Online
PEMANDU treler yang dipercayai merempuh sebuah kereta hingga
mengakibatkan lima mangsa rentung dalam kemalangan di Kilometer 255.1 Lebuhraya
Utara-Selatan, Sabtu lalu, direman dua hari, mulai hari ini.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Noorhidayah Mohd Saad
di Mahkamah Majistret Kuala Kangsar, pagi ini.
Suspek juga disiasat mengikut Seksyen 41(1)
Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Pemandu berusia 41 tahun yang ditahan selepas treler dipandu
merempuh sebuah kereta hingga mengorbankan lima nyawa dalam kemalangan di
Kilometer 255.1 memiliki 13 saman membabitkan pelbagai kesalahan
lalu lintas.

Media sebelum ini melaporkan ujian saringan air kencing
terhadap pemandu treler berkenaan mendapati dia positif dadah jenis
methamphetamine.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Memetik laporan Harian Metro, dalam kejadian jam 11.47 pagi, lima mangsa termasuk seorang
kanak-kanak yang belum dikenal pasti identiti ditemui dalam keadaan rentung
selepas Kia Forte dinaiki dirempuh treler berkenaan di lorong kanan lebuh raya
terbabit.
Kemalangan itu turut membabitkan dua lagi kereta iaitu
Perodua Myvi dan Proton Iswara, namun kedua-dua kenderaan itu selamat.
Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Razali
Ibrahim yang ditemui di Unit Forensik Hospital Kuala Kangsar semalam berkata,
pemandu treler mendakwa dia cuba mengelak daripada merempuh kereta di
hadapannya berikutan gagal mengawal kenderaan berat itu sebelum memasuki ke
lorong kanan lebuh raya.
Katanya, susulan kejadian, treler berkenaan merempuh tiga
kereta di lorong kanan, namun Kia Forte dinaiki lima mangsa terhimpit di antara
penghadang jalan konkrit dan treler itu sebelum terbakar.


Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel