Categories: Berita Lain

Tiada orang politik dalam senarai pingat Hari Wilayah tahun depan – Khalid Samad

Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad – Foto Kosmo!

KUALA LUMPUR – Kementerian Wilayah berpendirian
tidak akan mengesyorkan sebarang nama mereka yang terlibat dalam politik bagi
penganugerahan darjah kebesaran dan pingat sempena sambutan Hari Wilayah pada
tahun hadapan.
Menterinya, Khalid Abd Samad berkata, pemberian anugerah itu
akan diberikan kepada mereka yang benar-benar berkhidmat kepada masyarakat.
“Insya Allah, pemberian darjah kebesaran dan pingat itu
akan diadakan pada tahun depan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Tetapi saya nak pengiktirafan ini diberi kepada
golongan pendidik, para sukarelawan yang terlibat dalam isu kemanusiaan serta
mereka yang mengharumkan nama di peringkat antarabangsa,” katanya kepada
pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan ‘World Energy Cities Partnership’ (WECP) di
sini hari ini.
Hadir sama, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham
Ahmad Dahlan dan Presiden WECP merangkap Datuk Bandar Halifax, Kanada, Mike
Savage.
Menurut Khalid, pimpinan politik masih banyak masa untuk
membuktikan keseriusan mereka berkhidmat kepada masyarakat sebelum dipilih
menerima sebarang darjah kebesaran tersebut.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Kita lihat dulu perkhidmatan dan pretasi mereka (ahli
politik). Itupun kalau ada yang nak cadangkan, kita serahkan kepada pihak yang
menawarkan,” katanya.
Beliau yang juga Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara
(Amanah) turut menjelaskan, tiada paksaan untuk mana-mana anggota parti itu
menerima atau menolak sebarang darjah kebesaran dan pingat yang ditawarkan.
“Kita hanya mengingatkan bahawa anggota tidak boleh
meminta untuk mendapatkan pingat-pingat ini tetapi sekiranya ditawarkan, kita
serahkan kepada diri empunya untuk menerima atau menolak.
“Bagi kita, ia tidak menjadi satu isu kerana mereka
ditawarkan, bukan melobi atau membeli darjah kebesaran dan pingat
tersebut,” katanya.
Ini berikutan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng baru-baru
ini membuat teguran secara terbuka kepada beberapa pemimpin parti itu yang
menerima darjah, bintang dan pingat kebesaran daripada Melaka serta Sabah.
Lim yang juga Menteri Kewangan menganggap tindakan pemimpin
berkenaan tidak mencerminkan semangat perjuangan sebenar parti itu, sekali gus
memberikan persepsi lain kepada rakyat kerana parti itu tidak sampai setahun
menjadi kerajaan.
Jelas Khalid, anggota parti Amanah boleh menerima anugerah
sekiranya kurniaan tersebut boleh membantu imej parti atau pekerjaan mereka.
“Mengenai aspek tempoh perkhidmatan, pihak yang
menawarkan pasti sudah mengambil kira hal ini.

“Mungkin individu yang ditawar itu baru menjadi menteri
tetapi sudah lama berkhidmat. Jadi tak salah untuk diberi pengiktirafan,”
katanya.
– Bernama

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Dua Anggota Polis Maut: Suspek Kes Serang Balai Polis Ulu Tiram Dipercayai Ahli Jemaah Islamiyah – KPN

JOHOR BAHRU, 17 Mei (Bernama) -- Suspek lelaki yang ditembak mati dalam kejadian serangan di… Read More

1 day ago

UiTM: Tiada Perbincangan Dibuka Kepada Bukan Bumiputera – KPT

Kementerian Pendidikan Tinggi dan kerajaan tidak pernah membincangkan atau membenarkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dibuka… Read More

3 days ago

Kes Langgar: Pegawai Kanan Polis Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Pelajar

IPOH, 14 Mei (Bernama) -- Seorang pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi… Read More

4 days ago

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

7 days ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

1 week ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

1 week ago