Categories: Berita Lain

Jawatan PM, MB, Ketua Menteri dihadkan dua penggal – Tun M


KUALA LUMPUR, 18 Okt — Tempoh perkhidmatan jawatan Perdana
Menteri, Menteri Besar dan Ketua Menteri akan dihadkan kepada dua penggal
sebagai langkah segera yang dilaksanakan bagi mereformasikan sistem politik,
kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Dr Mahathir ketika membentangkan usul mengenai Kajian
Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-11 (RMK11) 2016-2020: Keutamaan dan
Penekanan Baharu berkata selain itu, Perdana Menteri juga tidak dibenarkan
untuk memegang porfolio lain.
Langkah tersebut merupakan sebahagian daripada keutamaan dan
penekanan baharu dalam mereformasi tadbir urus ke arah meningkatkan ketelusan
dan kecekapan perkhidmatan awam.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Dr Mahathir berkata peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya
juga diasingkan supaya diurus oleh dua individu yang berlainan untuk
mempertingkatkan mekanisme semak dan imbang pada semua peringkat.
Bagi menambah baik sistem pilihan raya pula, Perdana Menteri
berkata had umur mengundi akan diturunkan kepada 18 tahun dan undang-undang
berkaitan pembiayaan politik akan diperkenalkan.
“Penambahbaikan sistem pilihan raya akan dilaksana dengan
membersihkan daftar pemilih, menambah baik proses pengundian pos dan
menyediakan akses yang adil kepada media,” katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Katanya kuasa autonomi Parlimen akan dipertingkat dengan
memperkenalkan semula Akta Perkhidmatan Parlimen 1963.
“Sistem jawatankuasa pemilih akan diwujudkan. Jawatankuasa
ini akan memperaku pelantikan jawatan utama di SPRM (Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia), SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya), Jabatan Audit Negara dan
Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman. Suruhanjaya tertentu seperti SPRM dan SPR akan
juga bertanggungjawab secara langsung kepada Parlimen,” katanya.
Dr Mahathir berkata hubungan antara Kerajaan Persekutuan,
kerajaan negeri dan kerajaan tempatan akan ditambah baik dengan mengembalikan
semula semangat federalisme.
Dalam soal integriti dan akauntabiliti, Dr Mahathir berkata
Ombusdman Malaysia akan ditubuhkan untuk menyiasat dan melaporkan secara bebas
aduan terhadap agensi kerajaan manakala (SPRM) akan ditransformasi sebagai
badan bebas sepenuhnya.
“Akta SPRM 2009 akan dikaji secara menyeluruh. Undang-undang
pencegahan rasuah juga akan diperkukuh dengan mengkaji semula Akta Perlindungan
Saksi 2009 dan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010,” katanya.
Dr Mahathir berkata selain itu, prosedur perolehan kerajaan
akan ditambah baik dengan memperkenalkan rangka kerja perundangan berkaitan
yang lebih komprehensif dan berkesan serta menguatkuasakan pelaksanaan tender
terbuka, selain mengkaji semula rangka kerja projek perkongsian awam-swasta
bagi mengoptimumkan sumber.
Dalam memperkukuhkan penyampaian perkhidmatan awam pula,
beliau berkata satu pasukan petugas khas akan ditubuhkan untuk menilai peranan
dan fungsi pelbagai entiti termasuk badan berkanun dan syarikat milik kerajaan.
Selain itu, Perdana Menteri berkata jentera perkhidmatan
awam akan diperkemas ke arah meningkatkan kecekapan dan produktiviti melalui
adaptasi model kecemerlangan perniagaan sebagai instrumen analisis prestasi
kementerian dan agensi.
“Pihak berkuasa tempatan (PBT), sebagai pihak yang paling
hampir dengan rakyat akan diperkasa selaras dengan keperluan rakyat dan
perkembangan teknologi. Ini akan dilaksanakan melalui penarafan PBT berdasarkan
tahap kecemerlangan penyampaian perkhidmatan.
“Mandat yang diberikan oleh rakyat adalah untuk kita
melakukan perubahan. Maka reformasi tadbir urus menjadi keutamaan. Kita telah
melakukannya dengan menukar pemimpin institusi kritikal seperti institusi
kehakiman, Jabatan Peguam Negara, SPRM dan SPR. Tadbir urus kerajaan perlu
diperbaiki. Ketelusan akan ditingkatkan bagi mencegah rasuah dan membasmi salah
guna kuasa,” katanya. — Bernama

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Dua Anggota Polis Maut: Suspek Kes Serang Balai Polis Ulu Tiram Dipercayai Ahli Jemaah Islamiyah – KPN

JOHOR BAHRU, 17 Mei (Bernama) -- Suspek lelaki yang ditembak mati dalam kejadian serangan di… Read More

1 day ago

UiTM: Tiada Perbincangan Dibuka Kepada Bukan Bumiputera – KPT

Kementerian Pendidikan Tinggi dan kerajaan tidak pernah membincangkan atau membenarkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dibuka… Read More

3 days ago

Kes Langgar: Pegawai Kanan Polis Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Pelajar

IPOH, 14 Mei (Bernama) -- Seorang pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi… Read More

4 days ago

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

7 days ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

1 week ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

1 week ago