Categories: Berita Lain

Misteri lemas di Sungai Arau terjawab, akibat tekanan hutang tiga beranak minum racun, terjun sungai

Pihak berkuasa dan orang ramai mencari mangsa keempat
setelah tiga beranak ditemui lemas di Arau, 18 Oktober 2018. ― Foto ihsan
Facebook/Nurul Faraain Abdul Rahman

TIGA beranak yang lemas di Sungai Arau semalam, dipercayai
bertindak meminum racun sebelum terjun ke sungai berkenaan akibat tekanan
hutang.
Perkara itu berdasarkan keterangan awal anak lelaki mangsa
berusia 37 tahun kepada pihak polis selepas dia ditahan semalam di Taman Ria
Jaya, Sungai Petani, Kedah, malam tadi, lapor Harian Metro.
Ketua Polis Perlis, Senior Asisten Komisioner Noor Mushar
Mohd berkata, penahanan lelaki berusia 37 tahun itu dilakukan di restoran di
Taman Ria Jaya, Sungai Petani, kira-kira 10 malam selepas polis mendapat
maklumat awam.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Katanya, berdasarkan keterangan lelaki terbabit, mereka
sekeluarga menaiki kereta api dari Sungai Petani ke Arau pada pagi Selasa lalu,
sebelum bertindak meminum racun dan terjun ke Sungai Arau.
“Bagaimanapun lelaki berkenaan berubah fikiran selepas
melihat ibu, bapa dan adiknya terjun ke sungai berkenaan sejurus meminum racun.
“Akibat terlalu takut dia mengambil keputusan balik ke
Sungai Petani menaiki kereta api pada Rabu pagi sebelum dikesan orang ramai
malam tadi,” katanya dalam kenyataan, hari ini.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Anak lelaki mangsa berusia 37 tahun yang berubah fikiran
selepas melihat ibu, bapa dan adiknya terjun ke sungai berkenaan telah lemas
dan dihanyutkan arus. Dia kini ditahan bagi membantu siasatan. – Foto Kosmo!

Noor Mushar berkata, berikutan itu lelaki berkenaan direman
bermula hari ini hingga 22 Oktober bagi membantu siasatan berhubung kematian
keluarga berkenaan.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 309 Kanun Keseksaan atas
kesalahan cubaan membunuh diri dan Seksyen 35(e) Akta Pendaftaran Kelahiran dan
Kematian 1957 kerana menyembunyikan kematian,” katanya.
Semalam NSTP melaporkan mayat tiga beranak, Baharom Ahmad,
66, Norma Pin, 64, dan Norzalina Baharom, 35, ditemui orang awam terapung di
dalam sungai di dua lokasi berlainan di Arau.
Tiga beranak berkenaan kali terakhir dilihat saudara mereka
sedang berjalan kaki di tepi sungai berkenaan kira-kira tiga kilometer dari
rumah saudara mereka sebelum dilaporkan hilang.

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Dua Anggota Polis Maut: Suspek Kes Serang Balai Polis Ulu Tiram Dipercayai Ahli Jemaah Islamiyah – KPN

JOHOR BAHRU, 17 Mei (Bernama) -- Suspek lelaki yang ditembak mati dalam kejadian serangan di… Read More

1 day ago

UiTM: Tiada Perbincangan Dibuka Kepada Bukan Bumiputera – KPT

Kementerian Pendidikan Tinggi dan kerajaan tidak pernah membincangkan atau membenarkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dibuka… Read More

3 days ago

Kes Langgar: Pegawai Kanan Polis Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Pelajar

IPOH, 14 Mei (Bernama) -- Seorang pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi… Read More

4 days ago

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

7 days ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

1 week ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

1 week ago