Connect with us

Berita Lain

1MDB: Najib bakal hadapi lebih banyak pertuduhan

KUALA LUMPUR: Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak
dijangka berhadapan dengan lebih banyak pertuduhan berhubung 1Malaysia
Development Berhad (1MDB) dalam tempoh terdekat ini.
Sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), ketika
dihubungi mengesahkan perkara berkenaan dan enggan mengulas lanjut perkara itu.
Najib sebelum ini sudah beberapa kali dipanggil untuk
memberi keterangan bagi melengkapkan siasatan SPRM termasuk hari ini, di mana
beliau memberi keterangan kepada SPRM di Putrajaya selama lebih enam jam.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Pada 3 Oktober lalu, Najib memberi keterangan hampir tiga
jam di Unit Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA) SPRM, di Menara KPJ, Jalan
Tun Razak, di sini.
Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman sebelum ini
dilaporkan akan memanggil semula Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor,
berikutan pihak berkuasa memerlukan maklumat tambahan daripada pasangan
terbabit untuk membantu siasatan.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Najib sebelum ini didakwa di mahkamah atas 32 pertuduhan dan
pada 4 Julai lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur
terhadap tiga pertuduhan pecah amanah (CBT) dan satu pertuduhan salah guna
kuasa membabitkan dana berjumlah RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.
Seterusnya pada 8 Ogos, bekas perdana menteri itu didakwa di
Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tiga pertuduhan menerima wang berjumlah RM42
juta hasil daripada kegiatan haram milik dana SRC International Sdn Bhd, dalam
dua akaun miliknya, empat tahun lalu.
Pada 20 September, Najib sekali lagi didakwa atas 21
pertuduhan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan
Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFA) 2001 dan empat
pertuduhan di bawah Seksyen 23 (1) Akta SPRM. – BERNAMA

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel