Categories: Berita Lain

Tiga beranak dihumban ke sungai hidup-hidup

Perancang utama pembunuhan, Rio Suryaningrat (tiga kanan)
dan rakan subahatnya berjaya dicekup polis.

MEDAN – INDONESIA. Angkara dendam, seorang lelaki tergamak
membunuh satu keluarga dalam kejadian yang menggemparkan penduduk di daerah
Deli Serdang, Sumatera Utara baru-baru ini.
Suspek didakwa menghumban kesemua mangsanya ke dalam sungai
bagi menghilangkan bukti.
Lebih kejam, suspek yang dibantu tiga rakan subahat turut
mengikat tangan, kaki dan mulut mangsa sebelum menghumban mereka ke dalam
sungai ketika masih bernyawa.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Menurut polis, mangsa dikenali sebagai Muhajir, Suniati
(isteri) dan Solihin (anak lelaki).
Pembunuhan kejam itu terbongkar selepas mayat tiga beranak
terbabit dijumpai terapung di sungai Blumei berhampiran Tanjung Morawa, Isnin
lalu.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Sebelum penemuan mayat berkenaan, polis telah dimaklumkan
mengenai kehilangan mereka sejak 9 Oktober lalu.
Susulan itu, polis telah memberkas perancang utama
pembunuhan, Rio Suryaningrat.
Siasatan mendapati motif pembunuhan adalah dendam.
“Suspek melakukan pembunuhan itu kerana tidak tahan
diejek oleh isteri mangsa dengan gelaran ‘gajah’ kerana keadaan fizikalnya yang
gempal.
“Dia meminta pertolongan tiga rakan bagi melupuskan
mayat dan bahan bukti,” kata Ketua Polis Sumut, Agus Andrianto.
Tambah Agus, kesemua tertuduh bakal dihadapkan ke muka
pengadilan dan didakwa membunuh. – Tribunnews

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Dua Anggota Polis Maut: Suspek Kes Serang Balai Polis Ulu Tiram Dipercayai Ahli Jemaah Islamiyah – KPN

JOHOR BAHRU, 17 Mei (Bernama) -- Suspek lelaki yang ditembak mati dalam kejadian serangan di… Read More

2 days ago

UiTM: Tiada Perbincangan Dibuka Kepada Bukan Bumiputera – KPT

Kementerian Pendidikan Tinggi dan kerajaan tidak pernah membincangkan atau membenarkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dibuka… Read More

3 days ago

Kes Langgar: Pegawai Kanan Polis Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Pelajar

IPOH, 14 Mei (Bernama) -- Seorang pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi… Read More

4 days ago

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

7 days ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

1 week ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

1 week ago