Categories: Berita Lain

‘BERSATU hanya terima anggota berintegriti, tidak rasuah’

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) akan menerima
mana-mana anggota yang ingin menyertai parti itu jika mereka didapati
berintegriti, tiada isu salah guna kuasa serta tidak terlibat dengan skandal
rasuah.
Pengerusi BERSATU Pulau Pinang Datuk Marzuki Yahya berkata,
parti tidak mempunyai sebarang masalah untuk menerima mana-mana anggota yang
terdiri daripada pelbagai latar belakang politik sebelum ini, asalkan tidak
terpalit dengan skandal yang boleh menjejaskan parti.
“BERSATU sememangnya mempunyai jawatankuasa yang
berperanan untuk menilai dan meneliti keanggotaan setiap ahlinya sebelum
membuat keputusan (terima sebagai anggota parti).

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Perjuangan kita adalah untuk memperkasakan bangsa
Melayu selain menjadikan parti ini sebagai parti bermaruah,” katanya
kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada masyarakat India dan
peruntukan dana kepada 29 buah sekolah dan beberapa Badan Bukan Kerajaan (NGO)
sempena perayaan Deepavali di Butterworth hari ini.
Sumbangan yang disampaikan itu berjumlah RM140,000.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Marzuki yang juga timbalan menteri luar turut mengulas
mengenai kemasukan beberapa anggota baru termasuk bekas kepimpinan tertinggi
Barisan Nasional (BN) iaitu Anggota Parlimen Jel, Datuk Seri Mustapa Mohamed
semalam, yang disifatkannya sebagai satu penghijrahan yang positif.

“Kita sambut baik perkara itu, dan saya yakin tindakan
itu dibuat atas dasar mendokong perjuangan parti,” katanya.
Beliau turut menambah, BERSATU sama sekali tidak akan
menerima kemasukan bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid
Hamidi jika didapati berbuat demikian (untuk menjadi anggota parti) kerana
terpalit dengan pelbagai isu yang mencemarkan maruah parti dan kepimpinan
tertinggi kerajaan sebelum ini.
“Kita takkan terima dia (Zahid), malah Umno kini sudah
dianggap tidak relevan lagi…bertambah buruk selepas hilang kuasa,”
katanya.
Media sebelum ini melaporkan kira-kira 40 anggota Parlimen
dari Umno dikatakan berkemungkinan akan meninggalkan parti itu dan menyertai
BERSATU.
Anggota Majlis Tertinggi BERSATU Datuk A Kadir Jasin dilapor
berkata, kesemua mereka dikatakan berpotensi berbuat demikian kerana sudah
beberapa kali berjumpa dengan Pengerusi Tun Dr Mahathir Mohamad, Presiden Tan
Sri Muhyiddin Yassin serta para kepimpinan tertinggi parti sama ada secara
perseorangan atau berkumpulan.
-Bernama

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

58 mins ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

2 hours ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

21 hours ago

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

2 days ago

Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris… Read More

4 days ago

QSR Brands Tutup Sementara Lebih 100 Cawangan KFC

KUALA LUMPUR (Bernama) -- QSR Brands (M) Holdings Bhd, pemegang francais restoran KFC di Malaysia,… Read More

4 days ago