Categories: Berita Lain

Pelajar Libya didakwa bunuh pekerja TM Unifi


SEPANG – Seorang pelajar Libya hari ini didakwa di Mahkamah
Majistret di sini atas pertuduhan melakukan bunuh dan menyebabkan kematian ke
atas seorang pekerja Telekom Malaysia Bhd. (TM) Unifi di Shaftsbury Square,
Cyberjaya.
Tertuduh, Ahmed Abdullah Ali, 24, didakwa menyebabkan
kematian Wan Amirah Wan Alias, 31, di Shaftsbury Square, Cyberjaya pada 7.35
malam 17 Oktober lalu.
Pelajar tahun akhir di sebuah universiti antarabangsa itu
didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati
mandatori, jika sabit kesalahan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Tertuduh mengangguk faham apabila pertuduhan dibacakan
jurubahasa dalam bahasa Inggeris di hadapan Majistret Yusna Khadijah Md Yusop.
Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh.
Mahkamah menetapkan 7 Disember ini untuk sebutan semula kes
sementara menunggu laporan kimia, bedah siasat dan rakaman televisyen litar
tertutup (CCTV).


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Aziat Afrizan
Alias manakala tertuduh diwakili Mohd. Redzuan Mohamed Yusoff, Nur Siti Fairuz
Roslan dan Dinesh Muthal.
Dalam kes langgar lari pada 17 Oktober itu, yang video
kejadian tersebut tular, Wan Amirah yang merupakan Penolong Pengurus GTM Event
Sales meninggal dunia selepas dibawa ke Hospital Putrajaya untuk menerima
rawatan lanjut.
Di Mahkamah Sesyen Sepang pula, Ahmed Abdullah didakwa
mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dibaca bersama Seksyen
38B akta sama.
Menurut kertas
pertuduhan, tertuduh didakwa memasukkan dadah jenis 11-Nor-Delta-9-Tetrahydrocannabinol-9-Carboxylic
Acid ke dalam dirinya pada 19 Oktober lalu. – Bernama

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Dua Anggota Polis Maut: Suspek Kes Serang Balai Polis Ulu Tiram Dipercayai Ahli Jemaah Islamiyah – KPN

JOHOR BAHRU, 17 Mei (Bernama) -- Suspek lelaki yang ditembak mati dalam kejadian serangan di… Read More

1 day ago

UiTM: Tiada Perbincangan Dibuka Kepada Bukan Bumiputera – KPT

Kementerian Pendidikan Tinggi dan kerajaan tidak pernah membincangkan atau membenarkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dibuka… Read More

3 days ago

Kes Langgar: Pegawai Kanan Polis Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Pelajar

IPOH, 14 Mei (Bernama) -- Seorang pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi… Read More

4 days ago

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

7 days ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

1 week ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

1 week ago