Connect with us

Berita Lain

Allah hantar YB Langkawi untuk buka kunci – Nik Abduh


Anggota Parlimen Bachok Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz
mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kerana
mengotakan janji untuk memberi royalti petroleum kepada Kelantan.
Nik Abduh berkata perkara itu berada di luar jangkaannya
memandangkan kerajaan negeri itu telah dinafikan hak sejak sekian lama.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Saya pernah berjumpa dengan Tun Abdullah (Ahmad Badawi) dan
Yang Berhormat dari Pekan dan mereka masih bersetuju bahawa Kelantan tidak ada
hak ke atas royalti tersebut yang diperjuangkan oleh PAS.
“Agak susah untuk dua perdana menteri membuka kunci besar
yang telah dikunci oleh YB Langkawi. Tetapi takdir Allah bahawa kunci yang
begitu kukuh itu akhirnya Allah hantar YB Langkawi semula untuk membukanya. Itu
takdir yang tak mampu saya fikirkan sebelum ini.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Oleh itu, saya nak ucap terima kasih kepada YB Langkawi,”
katanya dalam perbahasan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-11
pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Beliau turut mengakui pernah bersifat pesimis terhadap Dr
Mahathir serta janji yang dibuat dalam manifesto Pakatan Harapan (HARAPAN)
dalam pilihan raya lalu untuk memberi royalti petroleum sebanyak 20 peratus
kepada negeri pengeluar minyak di negara ini.
Nik Abduh yang juga Anggota Jawatankuasa PAS Pusat berkata
kesungguhan yang ditunjukkan oleh Dr Mahathir itu dipuji berikutan Kelantan
tidak menerima royalti minyak sebaliknya menerima wang ehsan sejak 2010.
– Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel