Connect with us

Berita Lain

Anggota badan Jamal Khashoggi didakwa ditemui di dalam perigi


ISTANBUL – Bahagian badan wartawan, Jamal Khashoggi ditemui
di kediaman Konsul Besar Arab Saudi di Istanbul, kata seorang pemimpin
pembangkang Turki seperti yang dilaporkan akhbar Daily Mirror semalam.
Pemimpin Parti Rodina, Dogu Perincek mendakwa dalam satu
wawancara bahawa beberapa bahagian tubuh wartawan itu ditemui di dalam sebuah
perigi dan taman di konsulat berkenaan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Organisasi berita, Sky News pula melaporkan sumbernya
sebagai mendedahkan bahawa mayat wartawan itu dikerat-kerat dan wajahnya
dicacatkan. Anggota badan manusia itu ditemui di sebuah taman di kediaman
Konsul Besar Arab Saudi di konsulat berkenaan di Istanbul.
Pendedahan itu disiarkan sebelum Presiden Recep Tayyip
Erdogan berucap di Parlimen Turki semalam untuk memberitahu bahawa pembunuhan
Jamal dirancang beberapa hari sebelum mangsa hilang dan mayatnya masih belum
ditemui.
Erdogan berkata, sebuah pasukan terdiri daripada 15 warga
Arab Saudi termasuk perisik, pakar forensik dan pegawai berpangkat jeneral
memasuki konsulat itu pada hari kejadian dan keluar beberapa jam kemudian
sebelum menaiki penerbangan pulang ke Riyadh.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Menurutnya, Jamal menjadi mangsa pembunuhan kejam dan
terancang. Erdogan juga me­minta supaya sebuah suruhanjaya bebas ditubuhkan
bagi menyiasat pembunuhan itu, manakala perbicaraan mengenainya diadakan di
Istanbul.
Sementara itu, Menteri Arab Saudi, Adel Al-Jubeir semalam
menjanjikan ‘siasatan lengkap dan menyeluruh’ berhubung kematian wartawan
tersebut.
Kepimpinan Arab Saudi akan memastikan bahawa siasatan yang
dilakukan adalah lengkap dan menyeluruh serta kebenaran didedahkan, manakala
mereka yang bertanggungjawab akan dibawa ke muka pengadilan, kata Adel kepada
pemberita selepas menemui rakan sejawatannya dari Indonesia di Jakarta.
“Mekanisme dan prosedur akan juga dilaksanakan bagi
memastikan perkara seperti ini tidak akan berlaku lagi,” katanya.
Dikenali sebagai pengkritik tegar dasar Putera Mahkota Arab
Saudi, Mohammed bin Salman, Jamal, 59, hilang selepas memasuki bangunan
konsulat Arab Saudi di Istanbul pada 2 Oktober lalu untuk mengambil dokumen
bagi perkahwinannya. – Agensi

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel