Connect with us

Berita Lain

Annuar Musa: Pulanglah ke Umno Dr M


Umno mempelawa Tun Dr Mahathir Mohamad kembali menyertai
parti itu, maklum Setiausaha Agungnya, Tan Sri Annuar Musa dalam suatu
kenyataan malam ini.
Bagaimanapun, pelawaan ini dibuat sebagai maklum balas
terhadap kenyataan Dr Mahathir yang dilaporkan mempelawa anggota Umno menyertai
BERSATU pada majlis Bicara Minda anjuran Sinar Harian di Shah Alam, 22 Oktober
lalu.
“Sebaliknya, Umno yang barangkali harus membuat tawaran
balas iaitu menjemput Tun (Dr Mahathir Mohamad) dan ahli BERSATU untuk
menyertai Umno.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Sesungguhnya amat ramai ahli Umno, termasuk saya
sendiri, amat sayang dan menghormati Tun (Dr Mahathir) dengan hati yang tulus
ikhlas.
“Insya Allah, Umno itu tidak akan mati. Apa yang buruk,
kita perbaiki bersama.
“Umat Melayu dan Islam akan lebih bersyukur kiranya ini
terjadi. Sirih pulang ke gagang, belut pulang ke lumpur,” katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Memetik Malaysiakini, Menurut Anwar lagi, anggota Umno seramai 3.6 juta orang dari
22,000 cawangan reda hilang pemimpinnya tetapi tidak akan menukar parti yang
didakwanya telah berjaya menghapuskan politik wang.
“Yang sering bermasalah dalam Umno adalah pemimpinnya,
yang bertukar parti adalah pemimpinnya, yang berebut kuasa adalah pemimpinnya,
yang rasuah adalah pemimpinnya dan diseret ke mahkamah adalah pemimpinnya.
“Justeru ahli Umno reda hilang pemimpinnya, namun
mereka tidak menukar partinya.
“Politik wang sudah dihapuskan dan kini politik wang
menjadi amalan parti lain yang berhijrah dari Umno,” katanya.
Annuar turut berkata BERSATU “sangat lemah” dan
mengaitkannya dengan pembubaran semua bahagian parti itu di Negeri Sembilan.
“Misalnya ahli Umno di Negeri Sembilan, tentu sukar
kerana BERSATU di sana terpaksa dibubarkan. Begitu juga di negeri-negeri lain
di mana BERSATU sangat lemah, terlalu kecil dan tiada sambutan daripada rakyat
(pada PRU14).

“Perjuangan orang Melayu dan umat Islam serta rakyat
Malaysia di bawah Tun (Dr Mahathir) akan menjadi lebih stabil, kuat dan
berkesan apabila Tun diperkasakan melalui wadah parti Umno dan bukannya
BERSATU,” jelasnya.

Annuar juga mendakwa BERSATU akan berhadapan masalah sekiranya
Dr Mahathir sudah tidak lagi menjadi Perdana Menteri kelak.
“Sangatlah merbahaya bagi ahli Umno menyertai BERSATU
kerana BERSATU tanpa Tun (Dr Mahathir) menjadi PM nanti, bakal lebih terhimpit
lagi.
“Presiden BERSATU (Tan Sri Muhyiddin Yassin) juga tersangat
uzur walau kita mendoakan kesihatannya pulih.
“Apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil alih
pentadbiran negara dan Dr Mahathir sudah tiada lagi, BERSATU bakal bermasalah
lebih parah lagi,” katanya.
Bagaimanapun, beliau tidak memperincikan masalah yang bakal
dihadapi BERSATU itu.
Menurut Annuar yang juga MP Ketereh walaupun tawaran untuk
menyertai BERSATU amat menggiurkan wakil rakyat yang “kemaruk
kedudukan” dalam kerajaan namun, “ia tidak menarik bagi majoriti ahli
Umno.”

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel